Jul 27, 2011

Mari Pakai Cincin Ikut Cara Islam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Suka pakai cincin tak?? Mesty hangpa semua suka kan..elelele malu-malu plak nak mengaku..ahakz..tak kisahlah cincin emas ke, perak ke, tembaga ke, yang berbatu besar ke, halus ke, sederhana ker, berwarna-warni ke..anything ler..janji ia nya terhias cantik di jari-jemari hangpa semua :) tapi...HARAM hukumnya kalau lelaki pakai cincin emas!! peringatan di situ..

Dan tak dinafikan, majority baik perempuan mahupun lelaki suka pakai cincin kan..mungkin hanya ada segelintir sahaja yang tak suka pakai..samada mereka rimas, ada allergy yang memungkinkan mereka tak boleh nak pakai barang-barang kemas nih *macam eczema*, atau mungkin ada yang tak suka langsung tengok benda tuh terhias cantik di jari..

Apa-apa pun alasannya, bukan itu persoalannya..apa yang ingin diperkatakan..Islam is the way of life..Islam mengajar penganut nya mengamalkan cara yang betul dan tidak sekali-kali membebani penganutnya..macam dalam pemakaian cincin juga lah, Islam mengajar penganutnya memakai cincin dengan cara yang betul..mungkin ada antara hangpa semua dah tahu cara pemakaian cincin mengikut Islam..tapi takpe, aku tetap jugak nak kongsikan perkara nih..

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada menantu Baginda, Saidina Ali sesudah Saidina Ali mengahwini anakanda kesayangan Baginda, Siti Fatimah..Nabi Muhammad SAW berpesan pada Saidina Ali, kalau memakai cincin, pakai lah di jari:
  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
  • jari telunjuk
  • jari tengah
Nabi Muhammad SAW melarang pemakaian cincin di jari telunjuk dan jari tengah kerana perbuatan itu menyerupai cara berhias kaum yang dilaknat Allah SWT, iaitu kaum di zaman Nabi Lut a.s..

Hangpa semua mesty pernah dengar kan kisah kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut..betapa mereka telah melampaui batas..kalau tak pernah dengar, haaa rajin-rajin lah baca kisah-kisah Nabi..even dalam Al-Quran pun tercatat kisah ini..kalau ada masa lebih, lepas maghrib tuh, bacalah Quran dan terjemahannya sekali..tak rugi pun..malah menambahkan saham akhirat..insyaAllah..

*nasib baik pakai cincin kat jari manis..erkk, motip?*



Sekian..assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

7 comments:

cik violet said...

tak saba nak terima cincin ke shae? hehe

Unknown said...

nasib baik pupel tak salah jari :)

Sha said...

paah: hoho, masih boleh sabar lagi nih

Sha said...

Pupel Liyana: hehe, haa mcm tuh la..bagus! :)

ieda =.= said...

naseb bek jari manis syieda suke pakai cincin ^_^

hihihi

fuad ansari said...

tak berapa nak manis kalau pakai cincin kat jari hantu n jari telunjuk gamanknya..

dah pakai cincin dah?? insyaAllah, tak lama lagi ada la tu seseorang akan sarungkan cincin yg lain kat jari manis awk tu... sabar erk.. (",)

Sha said...

syieda_joy: hehe..name pun jari manis..mmg bertambah manis kalu dihiasi cincin kt c2..

fuad: hoho..insyaAllah..tgh menunggu penuh kesabaran nih..~

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz