Jul 25, 2011

Segmen : Andai Ini Ramadhan Terakhirku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Tak nak cakap banyak..*tak cakap la, hang taip jer ler...huhu* nak join segmen nih?? klik banner yer...


Andai ini ramadhan terakhirku..Ya Allah, dengarnya pun dah menghantar rasa semacam di hatiku..andai benar ini adalah ramadhan terakhirku, memang lah aku benar-benar tak bersedia nak berhadapan denganMu Ya Allah..sebab bekalan aku untuk menujuMu belum cukup..lagipun dosa-dosa aku yang menimbun tuh, dah terampun olehMu atau tidak Ya Allah..


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku ingin berpuasa sesungguh-sungguhnya..ikhlas dalam berpuasa dan semata-mata mengharapkan keredhaan juga keampunan dariMu Ya Allah..kerna ramadhan-ramadhanku sebelum ini, aku sedar, tak sesungguh mana aku buat..sebab tuh, aku bertekad *insyaAllah* kali ini, aku ingin berpuasa sebagaimana selayaknya..


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku tak nak sekadar menahan lapar dan dahaga jer..kalau boleh dan kalau aku mampu, aku ingin anggota badanku juga berpuasa..terutamanya mata, telinga, mulut, nafsu, hati, juga akal..aku ingin menjaga pandangan mataku dari melihat benda-benda yang tak sepatutnya aku lihat, aku ingin mendengar perkara yang baik-baik aje, aku ingin mengurangi percakapan yang sia-sia, nafsu ku, akan kucuba untuk bersederhana..tak nak terlalu bernafsu dan terliur tengok makanan-makanan yang terjual di bazaar ramadhan..nanti takut membazir..tak nak membazir..hatiku akan ku cuba asuh untuk berzikir kepada Mu, beristighfar padaMu sebab aku sedar dosa aku sangat banyak kalau nak dibandingkan dengan kebaikan yang aku buat Ya Allah, akal aku, terlalu banyak imaginasi yang entahape2/sia-sia, kalau boleh aku hanya ingin mengingati Mu sentiasa..


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku ingin penuhi malam-malam ramadhan tuh dengan solat tarawikh..kalau boleh full *tuh pun kalau Allah tak bagi cuti..huhu*..nak baca Quran sebelum tidur..kalau tak dapat habiskan 1 Quran tuh tak ape *sebab aku sedar aku tak mampu nak habiskan dalam masa 1 bulan ramadhan tuh* at least 2 muka surat atau 1 muka surat pun tak apa..beserta dengan terjemahannya..nak tidur awal, supaya boleh bangun buat tahujjud *jika diizinkan Allah, aku nak merebut peluang tuh..sangat kurang 'bertemu' Allah*


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, kalau boleh lepas sahur tuh tak naklah tidur *kebiasaan yang aku buat..huhu* nak gunakan waktu tuh untuk buat kebaikan *tak kisahlah kebaikan jenis yang macam mana sekalipun, tolong mak jahit baju ke..eyh ape-apelah, janji bukan yang lagho* then, lepas solat subuh tuh, baca Quran..1 atau 2 muka surat beserta terjemahannya..


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku nak cuba menghidupkan 10 malam terakhir..*selalunya tak berkesempatan sebab Allah dah siang-siang bagi cuti..huhu*


Dan andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada kedua-dua ibubapa aku terutamanya, pada adik beradik, pada nenek-nenek dan saudara mara aku, juga pada kawan-kawan..takut tak berkesempatan untuk bertemu di masa akan datang..

Pengharapanku, agar apa yang kucoretkan ini, bukan sekadar coretan semata tapi akan aku cuba untuk merealisasikannya di ramadhan yang hanya tinggal berapa hari jer lagi nak datang nih..Ya Allah, berikan ku kesempatan untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu..amiin~


Sekian..assalamualaikum~


~((: terima kasih sudi baca :))~

1 comment:

cik nurussalwa said...

assalamualaikum wbt.. (^_^)
Alhamdulillah dan terima kasih atas entri ni..
jangan kita lupa, jagan kita alpa.. Ramadhan bulan untuk kita umat nabi Muhammad, bulan penuh barakah, bulan penuh kasih dari Allah..

moga usaha yang kita rancang dan insyaAllah kita laksanakan kekal sampai bila2..

may Allah bless u sis.

tc!

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz