Assalamualaikum
Pertama kali mendengar lagu Seorang Gadis nyanyian Nowseeheart, aku dah jatuh suka..waktu tuh kalau tak silap masa aku di tingkatan 4 atau 5..either one la..masa tuh aku ingat lagi, tertanya-tanya aku siapalah yang nyanyi lagu tuh..bukan suara aja merdu, malah lirik nya juga memikat hati..yelah, setiap kali dengar, mesti tak sempat nak tau kumpulan nasyid mana yang nyanyi, sebab setiap kali dengar, mesti dj tuh tak ulang balik nama kumpulan tuh..mana aku tak terkapai-kapai mencari gerangan siapakan mereka..
Ada satu waktu, sebab dah terlalu suka dengan lagu tersebut, aku turut menyalin bait-bait lirik nya..haha..siap duduk tepi radio buka volume kuat tak berapa kuat la janji jelas, dengan pen dan kertas nya lagi..semata-mata nak salin lirik dia..begitu bersungguh nya aku waktu tu nak tau lirik dia supaya aku boleh menyanyi sorang-sorang..ahaha..tajuk tak tahu apa, memang tak dapatlah nak cari dekat internet..apetah lagi kumpulan nasyid mana..hehe
Dan kini, setelah beberapa tahun berlalu, sekali sekala mendengar lagu ini, masih lagi kedengaran merdu di telingaku..tak jemu untuk mengulanginya berkali-kali..kerana di dalam nya, terkandung mesej yang begitu bererti buat aku..
Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya
Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana
Mendengarkan lagu ini, terasa bagaikan aku gadis di dalam lagu tersebut...betapa terlalu banyak dosa yang aku buat sampaikan tak terhitung nilainya...berfikir apakah dosa-dosaku diampunkan?..apakah masih ada ruang bagiku meraih keampunanNya?..air mata mengalir tanpa dipinta..mengenangkan dosa-dosa selama ini..
Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hambaNya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadapNya
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hambaNya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadapNya
Sebabkan aku rasa begitu berdosa, kadang-kadang aku rasa sangat jauh dariNya..aku rasa malu denganNya lantaran Dia Maha Melihat segala yang aku lakukan..tapi bila dengar rangkap lagu nih, betapa aku sedar Allah Maha Pengasih Allah Maha Penyayang..sentiasa merahmati setiap hambaNya..walaupun hamba Dia sangat kurang mengingatiNya..Ya Allah..ampunkan aku..
Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala kecewa
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala kecewa
Aku juga sedar masih lagi ada harapan buatku juga gadis-gadis di luar sana, bahawa Allah tetap menyayangi hamba-hamba Dia..sentiasa ada di sisi...jiwa yang gusar kian tenang..
Sebelum aku akhiri coretan kali ini, jom kita sama-sama mendengar lagu nih..semoga terhibur :))
Sebelum aku akhiri coretan kali ini, jom kita sama-sama mendengar lagu nih..semoga terhibur :))
Sekian~
No comments:
Post a Comment