Jul 21, 2011

Dia..Permata Hati Kami Sekeluarga

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


bulu mata dah la panjang..lentik pulak tuh..jeles!


Hadirnya dia membawa kebahagiaan yang tak dapat di ucapkan..sebagai cucu sulung di kedua-dua family membuat dia semakin menjadi rebutan..dengan hanya memandang, memang tak akan puas..apetah lagi kalau bermain dengannya..kalau boleh nak aja sentiasa di sampingnya..

Siapa dia? Dia...si kecil yang SANGAT lasak! tak reti nak duduk diam..macam tak pernah penat..orang yang menjaganya lagi penat dari dia sendiri..haii..setiap masa ada jer benda yang nak dibuatnya..tak padan dengan kecik..nasib baik la comel..heyyy, lagi lah buat aku geram dengan dia tahap max!! tambah-tambah time sekarang nih, umur baru 7 bulan lebih, tapi dah sibuk nak berjalan..dan aku, menjadi mangsa untuk memimpin dia ke hulu ke hilir..asal bangun tidur jer, terus nak diri..at least bermalas-malasan la sikit..ini tidak, celik jer mata, terbalikkan badan merangkak, pergi lah kat kerusi ke kat kaki orang ke, terus nak diri..sabar je lah..






Iffah Syafiyah..nama secantik dan secomel orangnya..dilahirkan pada 1 disember 2010 and now dah berumur 7 bulan..tapi lasaknya, lincahnya masyaAllah..mengalahkan budak lelaki..kalau dipakaikan dengan pakaian lelaki, memang CONFIRM orang akan menyangka dia lelaki..dah la rambut masih pendek..mana orang tak caka p dia lelaki..tapi, kalau dipakaikan dengan pakaian perempuan yang ala-ala gaun kembang beropol-ropol, berkedut sana sini, erkk dah nampak pelik dengan dia..haha..tak sesuai..tak ada lah aku kata semua pakaian perempuan tak sesuai dengan dia..cume yang 'terlebih sudah' tuh aje yang kurang sesuai dengan dia..yang biasa-biasa cun chomey je dia pakai ;)

Yang menarik pasal iffah nih, dia tak heran langsung-langsung kalau bagi teddy bear ke, or patung-patung bermacam bentuk...yang diherankannya, buku, tisu, plastik, benda biasa-biasa jer..memang jimat lah duit tak yah nak spend beli barang permainan dia..ahahaha..bagi jer periuk ke, sudip ke even tupperware, gerenti dia akan leka..ahahah..dan dia paling suka dengan remote tv..dok tekan-tekan remote tuh samp ai ada ketikanya, tv jadik gelap tak pun bintik-bintik, nasib la aku reti nak adjust balik, kalau tak...alamat aku lah yang kena nanti..padahal, salah iffah..aahahaha!




Setiap pagi, setiap hari bekerja mesti akak aku hantar dia dekat rumah tok nenek dia kat putrajaya nih..dan sebagai kelazimannya, sebelum mak pak aku pi kerja, haruslah bagi mereka bermain-main dengan iffah walau hanya sekadar 5 minutes sekalipun..selalunya, ayah iffah akan ambil area 3.30-4.30 petang..kisah mak aku pulak, kalau boleh tuh nak balik seawal mungkin semata-mata nak main dengan iffah..ahah kasih nenek..cucu sulung pulak tuh..comel lagi..mana orang tak rindu, mana orang tak geram..nasib hang ler iffah..

Ayah aku, sanggup tuh ambik cuti semata-mata nak seharian dengan iffah..haha tak tahan betul..ye lah, keluar pergi kerja 7-7.10 pagi, balik pulak 8-8.30 malam, dapat main dengan iffah pun 5 minutes, mana cukup..! sampaikan hari jumaat tuh sanggup cakap kat akak aku nak pinjam iffah semalam..hari sabtu petang ambik la..hahah..akak aku jenis tak kisah sangat kalau nak pinjam-pinjam nih...takut ayah dia la..time cuti la nak spend masa dengan anak..lepas tuh atuk nak kacau line..mana nak dapat..hehe



dah macam koala bear pulak melekat camtu


Kalau nak bercerita perihal ayah aku dengan si kecil iffah nih memang tak kan cukup la..kasihnya sayangnya pada si kecil, sampaikan macam-macam iffah dapat..even baju raya segala, iffah dah dapat dulu..kitorang? hurmmm haram ler nak dapat...tak dapat-dapat pun lagi nak shopping raya..

Ada satu hari tuh, try la pakaikan dia kasut..jalan-jalan dalam rumah, boleh biasakan kaki tuh dengan kasut...nanti dah boleh jalan betul-betul tanpa di pimpin, tak adalah dia kekok nak pakai kasut..bila dah pakaikan..boleh dia seakan jakun pulak tengok kasut tuh..ahah..bila disuruh jalan, memang lah dia bengkokkan badan..seakan pelik, ape lah yang terlekat kat kaki aku nih..warna merah pulak tuh..iffah..iffah..kelakar la hang nih..

Kalau time tukar lampin tuh..masyaAllah berpusing-pusing..tak duduk diam betul..memang kena selesaikan tukar lampin/pakaikan baju cepat-cepat..kalau tak, dia cepat je nak terbalikkan badan nak merangkak kalau tak pun, dia menjerit..ahaha..masuk bab nak makan pulak, habis 'kumush' mulut..sampai hidung-hidung pun makan biskut baby tuh..ahaha..makan bukan reti nak duduk, nak diri je manjang..bergerak sana sini..berpusing sana sini..kalau ada walker, senang lah sikit..duduk diam je..kalau dah berdiri tuh, boleh dia buat aksi berani lepas tangan...haiiii mana orang tak risau tengok dia kot-kot jatuh terlentang ke apa ke..tuh semua memang nak kena jaga..

Jaga budak kecik sorang nih, jangan harap lah hang dapat rasa nak tidur tetengah hari tuh..melayankan si kecik nih, memang letih dibuatnya..tapi letih-letih pun, seronok tuh tetap ada..tengok budak kecik tak ada masalah langsung..happy je hidup deorang..kadang-kadang keselamatan diri diabaikan..semata nak buak aksi lagak ngeri..heh

Ops terpanjang lah pulak..kalau dah start bercerita pasal iffah, memang laju je jari aku menaip..sebab memang banyak sangat benda nak cerita..hehe..





tidur pun nak senyum..heyy

Okah sampai sini dulu..sekian~
~((: terima kasih sudi baca :))~

3 comments:

eclipsesweet said...

alahai.. chomelnya iffah syafiyah.. secomey namanya.. xpecially pic last tu.. cute bangat senyumnya..

^_-

SZ said...

comelnya tidur pun senyum!

ROSMARIEZA BINTI ROFIEE said...

comel! ^^,

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz