Aug 28, 2011

Korang!!! Cuba Try Benda Nih..Cool! Siyes Tak Tipu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


InsyaAllah kalau planning menjadi, esok saya dan family akan balik kampung kat melaka sana nun..masjid tanah..siapa kampung dye kat masjid tanah gak?? angkat kaki..kehkehkeh..korang mesty ramai yang dah ada kat kampung skrg nih kan..wahhh besttt nyeee..


*cantiknye blue rose nih!!!*


Since lusa insyaAllah raya..so, this gonna be my last entry lah before raya..biasa tiap2 tahun memang akan raya melaka je lah..coz parents nye kg pun dekat2 jer *tak yah nak gado2 stiap kali balik raya*


Dan bila saya dah cecah masjid tanah tuh, memang lah akan terputus dengan dunia siber seketika..maybe around a week tak kan 'bersua' dengan korang..huuu sob sob sedeynye..so, nak balas balik kunjungan korang..nak tgk update kat blog korang..heh tak akan ada lah waktu terdekat nih..smggu lepas tuh insyaAllah baru ada..


Ohh hampir terlupa plak tujuan sebenar entry nih..sory2..terleka seketika dengan kampung-raya related things..hehe


Saya nak share something nih..korang kalau borink2..ada masa lapang lebeyh tuh *dari melangut je depan blog..cer cecuti mata sket dgn slaen dr blog*..jom lah try buat benda nih..alah tak susah mana lah pun..senang sangattt..! siyes!! result dye pun perghh cun!! subhanallah..*wonder how they create this thing*


Apa yang korang perlu buat:

696666999999666999999666666966666966666696666666669666696666696 696669999999969999999966669696666966666696666666696966696666696 696666999999999999999666696669666966666696666666966696699999996 696666669999999999996666966666966966666696666669666669696666696 696666666699999999666666999999966966666696666669999999696666696 696666666666999966666666966666966966666696666669666669696666696 696666666666699666666666966666966999999699999969666669696666696
Nampak angka 6-9 yang banyak2 tuh??..


1-korang copy+paste those numbers kat word
2-then tekan ctrl-F
3-pastu tekan plak nombor 9 or 6


Taraaaa korang akan dapat lihat result dye yang......wow!!


Paham tak cane nak buat?? tak paham tanya ea...tak yah nak segan-segan sangat lah kan :)


So..enjoy trying this!!


Sekian, assalamualaikum~


p/s: raya nanti, jangan main sumbat jer..jaga kesihatan jugak :)


~((: terima kasih sudi baca :))~

Jenis-jenis Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum




Wahai lelaki-lelaki di luar sana..agak-agak korang dalam kategory lelaki yang mana ea?????


Ada kah korang........


1-Lelaki yg BAIK?.....iaitu lelaki yang boleh bimbing wanita ke jalan-Nya ~


atau


2-Lelaki yg COMEL?.....iaitu lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid ~


or mungkin


3-Lelaki yg SWEET?......iaitu lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah ~


tak pun mungkin korang


4-Lelaki yg ROMANTIK?.....iaitu lelaki yg menghadiahkan sebuah doa setiap hari ~


okeyhlah kalau bukan dari kategory yang kat atas tuh...mungkin korang dalam kategory yang kat bawah nih kot


5-Lelaki yg CHARMING.....iaitu lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat ~


Amacam?? dah tilik diri tuh?? dah tau kategory mane korang nih???


Apa yang penting...dalam ape jua kategory pun korang wahai lelaki-lelaki, suatu hari nanti korang akan jadik ketua keluarga..korang akan mengemudi sebuah rumahtangga..coraklah rumahtangga korang nanti dengan sebaiknya..


Nanti dah jadik suami/ketua keluarga..bimbinglah isteri dan anak-anak mencintai-Nya..bahagia akan korang kecapi bukan hanya di dunia, malah di akhirat juga..insyaAllah...


Apa?? Korang langsung tak tergolong dalam kategory2 kat atas tuh???


Eyh janganlah cakap camtuh..masih ada masa untuk perbaiki diri..selagi maut tak menjemput korang..selagi tuh korang masih ada masa untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..insyaAllah...yang penting berusaha dan berdoa..


Sekain, assalamualaikum~



~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 27, 2011

Awak Tak Ada Hak Nak Hina Saya!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Walaupun saya nih tak cantik, tak cun, tak chomey, tak mengancam..tapi itu tak bermakna awak suke hati jer nak hina-kutuk saya..




Saya pun ada hati dan perasaan macam yang lainnya jugak awak..bukan saya mintak dijadikan sebegini hodoh dan buruk rupa macam nih...ada saya mintak ke??? ada???


Kalau awak kat tempat saya..apa awak rasa bila ada orang kutuk awak..hina awak..maki awak..hentam awak kaw-kaw..awak mesty sentap dan terguris-calar balar hati tuh kan?? jadi kenapa mesty awak lakukan perkara yang sama kat saya kalau awak tak nak mengalami benda yang sama sebagaimana yang saya alami??? *erkkk, carca merba jer ayat nih*


Walaupun saya buruk-hodoh-tak cun-tak chomeyl macam yang lainnya..tapi tak bermakna dalaman saya macam tuh..dont jugde a book by its cover laaa!!!! kadang-kadang yang cantik molek kat luar tuh, belum tentu lagi cantik-cun kat dalam nya jugak...


Awak tak rasa saya lagi..awak dah kutuk-kutuk saya..cuba awak rasa saya dulu..mesty awak akan berpuas ati..tersenyum lebaq :) percaya lah awak!! cuba lah awak rasa saya dulu..saya yakin, awak tak akan menyesal...saya berani jamin!!


*yerr saya tau saya lah si muffin choc chip yang buruk-hodoh-tak cun-tak chomeyl tuh :( *



Sekian, assalamualaikum~


p/s: first time buat muffin choc chip nih, yeeee saya tau dye punya rupa tak seindah namanya, but siyesly, sedap sampai menjilat jari u *bkn jari korang lerrr...jari i dah lerrr* ;)



~((: terima kasih sudi baca :))~

Macam Mana Nak Makan Ubat Time Bulan Puasa?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Malam tadi tengah busy kemaskini maklumat Alumni UKM..tetiba kawan call..dye tanya pasal macam mana nak ambil ubat time bulan puasa...




Gusi dye bengkak and bernanah gara-gara gigi bongsu dye lambat sangat nak keluarnya..bila dah makin terasa keterukan sakitnya tuh..tuh yang jumpa doctor tuh..doctor bagi dye antibiotic [Amoxicillin & Metronidazole]..and both drugs kena ambik 3 kali sehari..


Kalau time tak puasa tuh senang citer lah kan..amek je pada masa-masa yang dah di tetapkan tuh..nih time pose..bila masa pulak nak amek nye?? tak kan nak amek time waktu yang dah d tetapkan?? tak pasal-pasal kan dah kena berbuka..


Tapi untuk orang yang sakit nih, ada keringanan untuk tidak berpuasa..dikhuatiri memudaratkan dirinya kalau tak makan ubat tuh..tapi kena qada' balik la puasa yang ditinggalkan tuh..


Firman Allah S.W.T :

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”. (al-Baqarah : 184 )



Kat sini ada sikit panduan untuk makan ubat time bulan puasa..tapi......sebelum tuh..korang kena faham dulu la istilah OD, BD, TDS & QID nih :)


OD=ambil ubat hanya sekali dalam sehari


BD=ambil ubat 2 kali dalam sehari


TDS=ambil ubat 3 kali dalam sehari


QID=ambil ubat 4 kali dalam sehari (kebiasaannya ubat antibiotik, memerlukan QID dosing)


Okeyh, dah faham kan???


Now, kita tengok plak macam mane nak makan ubat time bulan puasa..tapi yang nih hanya untuk ubat makan aje tau (tablet, capsule, syrup)...

OD = ambil sekali sahaja waktu sahur ATAU semasa buka puasa


BD = ambil dua kali sehari masa sahur DAN masa berbuka


TDS = masa berbuka, masa tengah malam sebelum tidur DAN masa sahur


QID dan seterusnya = tidak perlu berpuasa..sebab kena ambil 4 kali sehari.. Puasa boleh digantikan pada hari lain.


Macam mana pulak yang dikatakan sebelum dan selepas makan tuh???


Haaa meh sini meh..saya nak khabarkan pada korang...senanglah nak faham spy tak ada yang confuse bila sebelum dan bila selepas tuh..


Sebelum makan:

waktu berbuka~


1- Kalau sebelum makan, waktu berbuka makan dahulu yang ringan-ringan.


2-Kemudian solat maghrib dulu..baru makan ubat..


3-Kemudian baru makan makanan yang berat...


waktu sahur~


1- bangun lebih awal untuk makan ubat dahulu sebelum menjamah sahur...


Selepas makan:


Macam biasa lah selepas makan, selepas makan sahur (sebelum azan subuh) dan / atau selepas makan juadah berbuka..


Harapnya dengan info yang sedikit nih dapat bantu korang untuk menangani masalah macam mana nak makan ubat time bulan puasa :)..yerrr walaupun saya tau bulan ramadhan dah nak makin melabuhkan tirainya..tapi boleh dijadikan panduan untuk masa hadapan *kalau berpeluang bertemu ramadhan yang akan datang, insyaAllah*


Sekian, assalamualaikum~

sumber


~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 26, 2011

Tips Untuk Kurangkan Bosan Dalam Lif

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum




Kat sini ada beberapa tips yang korang muka jenis tak tahu malu-muka tak ada perasaan bley arr try..bosan-bosan dalam lif tak ada buat ape kan..bek buat perkara yang 'berfaedah' sket..


1- Masa Korang hanya berdua dengan orang yang korang tak kenal, cuit bahu dye! Then, korang pura-pura melihat ke tempat lain..


2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala korang dan menjerit "Diam, semuanya diam!"...tak pun.."Pergi...pergi kau dari sini..pergiiiiiiiii!!!!!"


3-Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif..


4-Korang pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang...


5-Ketika pintu lif menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang semua, jangan panik, jap lagi dye bukak balik! rilek-rilek ea"...


6-Bukalah beg tangan korang, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"...


7-Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop..


8-Buatlah garis di lantai sekeliling korang menggunakan kapur, then bagitahu "Ini adalah area SAYA!! jangan berani-berani nak menceroboh okeyh??!!"


Gerenti...kalau tak ada yang kutuk korang dalam hati, dan-dan waktu tuh jugak korang kena sound pedas..hahah


Sekian, assalamualaikum~


sumber

~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 25, 2011

Ohh Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahm

Assalamualaikum


Pejam celik pejam celik..kita semua dah nak sampai ke penghujung ramadhan..


Cepatnya masa berlalu..hanya tinggal beberapa hari je lagi Syawal bakal menjelang...


Ini bermakna hanya tinggal berape kerat je lagi hari hari terakhir ramadhan..


Apa perasaan korang? sedih tak nak tinggalkan bulan penuh barakah nih??


Atau gembira sebab raya dah nak makin tiba?? yer lahh dah tak perlu puasa siang hari lagi..dah boleh melantak macam-macam..ye kan?? hehehe


Bila diimbas-imbas kembali...


~apekah kita berpuas hati dengan prestasi puasa kita selama 24 hari sebelum ini??


~apekah kita dah rebut segala macam ganjaran yang ditaburkan pada kita di bulan penuh barakah nih??


Terus terang saya katakan..saya sedih nak tinggalkan ramadhan nih..mungkin sebab saya rasa prestasi nya tak seberapa walaupun saya rasa ramadhan kali nih, pada saya lebih baik dari sebelum-sebelum ini yang saya lakukan..mungkin juga sebab saya tak gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya..menyebabkan saya sedikit ralat dan berat hati nak biarkan ramadhan berlalu..bukan senang nak bertemu dengan 1 bulan yang ganjaran pahalanya dilipat kali gandakan..kena tunggu 11 bulan lagi untuk bertemu kedatangannya pada masa hadapan..itu pun kalau berpeluang..kalau tak???


Dan ini tidak bermakna saya tak gembira nak menyambut syawal yang bakal tiba..kita pun sedia maklum kan..tanda kemenangan kita berpuasa sebulan..sewajarnya kita meraikannya dengan penuh kesederhanaan..gembira tetap saya rasakan..tpi entah lah..macam tak ada feel je nak raya..walau kueh adelah berape macam yang dah buat, baju raya semua dah siap..


Selepas tuh nanti...kehidupan kita akan seperti sedia kala balik..harapnya diri saya dan sahabat semua tak melupakan amalan-amalan yang kita buat sepanjang ramadhan nih begitu aje..kalau boleh biar lah kita cuba sedaya upaya kita mengekalkan amalan-amalan tuh sampai hujung nyawa, insyaAllah..mohon bantuan dari-Nya *siapa lah kita..hamba yang lemah..yang sentiasa mengharap akan-Nya*


Di kesempatan nih, jari disusun memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita..selamat hari raya maaf zahir batin :D


Memandangkan tak sampai seminggu lagi kita dah nak raya kan..mari lah sama-sama kita rebut peluang terakhir ini untuk meraih keampunan dan kemaafan dari-Nya..kita hamba yang sering leka+lalai+alpa terhadap-Nya..sering melakukan salah+silap dan dosa..agar nanti kita tak rasa terkilan+menyesal bila detik-detik akhir ramadhan nih berlalu macam tuh aje..


Sekian, assalamualaikum~


p/s: yang bakal pulang ke kampung tuh..hati-hati bila memandu..ingatlah orang yang tersayang :D



~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 24, 2011

Edisi Ziarah Raya Blogger

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Nak join?? klik gambar ea :D




Cara nak join dye senang jerr...

1- Tajuk entry wajib ade ayat EDISI ZIARAH RAYA BLOGGER..
2-Korang copy gambar kat atas tu n linkkan ke entry segmen tuh..
3-Tag dua member n make sure deorang tau
4-Tinggalkan link penyertaan korang dekat kotak komen
5-Follow blog penganjur (nizam) utk tau update seterusnya...^^

*siapa yang join will be automatically diletak kan dlm blog list nizam AND 5 blogger bertuah, nizam akan bagi duet raya!!!!!!*


Tarikh tutup : 28 Ogos 2011:11.59mlm!!


Saya nak tag Humaira & Yayath


Sekian, assalamualaikum~



~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 22, 2011

Apa Pun Tak Boleh Gara-gara Dia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Seorang lelaki yang ditahan petang semalam di ibu negara berhubung kes simbah asid terhadap seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu, direman lima hari bermula hari ini.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata lelaki berusia 28 tahun itu kenalan mangsa. “Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu polis menyelesaikan kes simbah asid di Jalan Raja Laut itu,” katanya. Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Rafie Abdul Latif, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya, di sini. Lelaki itu membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.


Menurut sumber, lelaki yang ditahan itu seorang dari rakan mangsa yang bersamanya pada hari kejadian dan dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu tempat mangsa dirawat dengan tangan bergari, semalam. “Lelaki itu bertengkar dengan mangsa beberapa hari sebelum kejadian, namun tidak dapat disahkan sama ada dia terbabit,” katanya. — Bernama



*Penduduk bumi sekarang nih dah makin gila+ganas+kejam dan seumpama dengannya..dah makin banyak pulak kes pasal simbah-menyimbah asid nih..haii ingat cecair tuh air mineral ke?? hello..itu asid okeyh!! nih baru pasal asid..ntah esok lusa masuk berita kena simbah alkali pulak..huhu*


*Diorang yang buat kerja terkutuk nih..tak fikir panjang ke?? tau nak buat dajal kat orang je..tak pasal-pasal kan dah menderita orang tuh..cuba kalau diri sendiri tuh yang kena curah asid balik?? ape yang kau rasa???? sakit? sedap? syok??*


*Kadang-kadang rasa hukuman yang dikenakan pada pesalah macam tak setimpal pulak..hidup mangsa tuh dah musnah..tapi pesalah??? setakat bebrape tahun penjara dengan hukuman sebat la hapa la tak mustahil kalau dia dah bebas kelak perkara sama berulang kembali..*kalau jenis tak serik+tak makan saman lerrr* patutnya dye dikenakan hukuman simbah balik asid tuh..baru dye tau sengsara tak sengsare jadi mangsa *hahahahah kejam gilerrrr* *


*Gara-gara incindent nih..ramai orang takut nak jejak area jalan TAR tuh *termasuklah saya..waaaaaa*..malang tak berbau..*tapi kalau berbau pun, macamlah boleh elak kalau dah takdir..huhu* nak shopping pun dah tak berani dah nak gi sana..benci lah diorang nih!!! sebabkan ader makhluk cam nih..apa pun tak boleh jadi..*


*Disebabkan rasa geram yang memuncak sebab tak dapat pergi jalan TAR semata sebab incident main simbah-simbah asid nih..tuh yang terpakse pergi s.alam semata carik tudung..waaaaa tudung kat s.alam *pkns* mahalllll..dah la duet banyak terbang asek bayar tol jer..satu hapa pun tak dapat..saba jer lerr *memang taubat lah lepas nih nak pi s.alam g* *


*Cukup setakat nih jer..geram dah terhambur..nak makan..nak tidur..*


Sekian, assalamualaikum~

p/s: tak dapat gi jalan TAR kat keyell..jalan TAR kat putrajaya pun jadikkk lerrrrrrr


~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 20, 2011

Khusus Untuk Wanita Sebenarnya..Tapi Lelaki Tak Ada Salahnya Membaca Pun

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


*pregnant mother is just tooooo sexy*


Malam 18 ogos hari tuh..lepas solat tarawikh..ader pulak ceramah sempena nuzul Al-Quran..


Sebabkan ada ceramah so solat tarawikhnya dipendekkan menjadi 8 rakaat instead of 20 rakaat..


Ceramah disampaikan oleh ustaz-yg-suka-melagukan-ayat-Quran-atau-hadis..*tak ingat nama..mungkin mslh telinga kot..ahaha-tapi selalu je ustaz tuh keluar kat halaqah+tanyalah ustaz+al-Kuliyyah*


Antara pengisian yang saya dapat...antara nya lah..ada banyak juga..tapi buat masa nih nak khususkan kat para wanita..heheh..tapi yang lelaki boleh je nak baca..nanti bley lah bagi tau kat awekzzz/tunang/bakal isteri/isteri/even kawan perempuan ker..


Ustaz tuh cakap..ayat yang disarankan dibaca ketika bersalin..kot lah ada antara nya yang susah nak bersalin tuh..bukaan tak sampai 8-10cm lagi..boleh lah baca doa Nabi Yunus masa berusaha nak keluar dari perut ikan Nun *tau kan cerita nih?..tak tau, tanye cikge ea*


Al-Anbia' 87-89


Nak lebih afdhal lagi..nak bagi dipermudahkan proses bersalin tuh..elok baca banyak-banyak kali..moga-moga selamat bersalin..ibu selamat, baby pun selamat lahir..suami pun turut tersenyum panjang *tak gitu suami-suami sekalian?*


Erm nak kabo ape lagi..moh la kita yang bernama wanita/perempuan nih hafal doa tuh mulai sekarang..hehehehehe


Moga bila tiba saat kita menghadapinya..segalanya dipermudahkan Allah..insyaAllah..


Yang awal-awal dah hafal tuh..baguslah..teruskan mengingatinya *jgn ingat sekejap jer yer*



Sekian, assalamualaikum~




~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 19, 2011

Unifi Nak Suruh Stop Blogging

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Entah kenapa lately nih internet bergerak macam kura-kura yang berpuasa keletihan..

Nak kata plug tak jejak..jejak je kat extension tuh..


Nak kata cahaya hijau-kuning tak ada..okeyh menyala jer semua..*perfect*


Even bar wireless tuh pun full jer..ape lah yang tak kenanya dengan unifi nih..


Ada unifi pun macam bukan unifi..agaknya mungkin sebab dah nak masuk 10 malam terakhir ramadhan kot..tuh yang internet buat hal..nak suruh stop blogging for awhile *asek layari tenet jerrrrr tak jadi ape la kann* hahaha..


Unifi nak suruh tumpukan dalam pencarian malam lailatul qadar..hehe *baek lah awak Cik Unifi ;)*


Nih kalau berterusan lagi problem macam nih..memang lah betul tekaan saya tuh..hoho..*malas nak tunggu page loading terlalu lama..baek tutup terus*


Okeyhlah nak bersiap-siap amek adek kat kelana jaya..harini dye habis final exam for 1st semester lorhh..


Since dye amek kulinary..bley join venture memeriahkan dapur kat rumah tuh..ekekeke


Sekian, assalamualaikum~

p/s: jom la kita sesama cari malam lailatul qadar tuh..mana tau kita jadi insan terpilih ke..kan dah beruntung giler2 tuh..xnak ke???



~((: terima kasih sudi baca :))~

Ucapan Syukurku Tak Kan Setanding Dengan Apa Yang Allah Dah Berikan..Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Tiada ayat yang lebih sesuai dari ucapan alhamdulillah..dan tiada perlakuan yang lebih indah dari sujud syukur bila kita mendapat sesuatu hajat..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...


Ucapan ini tak akan setanding dan tak akan sama dengan apa yang saya rasa di hati..perasaan syukur yang tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata..


Setelah sekian lama..saya menantikan detik ini..akhirnya ketemu juga..terima kasih Ya Allah..terima kasih atas nikmat yang telah Kau beri padaku..


Dan sampai saat ini rasa itu masih hadir di sudut hati..


Betapa saya mengharapkan pengakhiran yang baik..alhamdulillah..Allah itu Memang Maha Mendengar..mendengar setiap rintihan hamba-Nya..


Ucapan terima kasih juga buat kedua ibu bapa saya, adek-beradek, nenek-nenek, dan kawan-kawan yang banyak doakan saya dan bagi moral support kat saya..hanya Allah aja yang boleh membalas segalanya *dah macam dapat award pulak..ahaha*


Kalau sebelum ini saya ada bercerita pasal kawan-kawan saya ..yeahh ade sangkut paut jugak..tapi bukan lah pasal dapat posting mana-mana..


Cuma dapat grad sama-sama jer ngan deorang *coursematez*..syukur sangat..happy sangat..


Kini, segalanya selesai..setel...alhamdulillah saya berjaya menghabiskan pengajian di bidang farmasi selama 4 tahun nih..kat mana? UK, Malaysia la der..Okeyh, dah boleh fikir keje dah..heheh...mintak-mintaklah lambat agy dye panggil *tak puas dok goyang kaki kat rumah agy* dan jangan tercampak Sabah Sarawak sudah lah...*tak nakkkk..susah nak balik raya nanti*


InsyaAllah this coming September *27/9* will be graduating together with my frensss...insyaAllah isnin nih, nak pergi bayar yuran konvo then, nanti nak kena ambik jubah..and ape lagi biase la..ader raptai segala bagai...


Teringat kata-kata Ustazah Fatimah Az-Zahra...*lebih kurang ler*

"kalau betul berkehendakkan sesuatu..doa berterusan..sabar..insyaAllah pasti Allah makbulkan..tapi jangan sekali-sekali putus asa dalam berdoa..dah cantik-cantik Allah nak bagi, tiba-tiba kita putus asa dlm berdoa..terus tak jadi Allah nak bagi"


Pesanan buat diri juga sahabat semua..jgn putus asa dengan Allah..


Okeyhlah sampai sini jer..termelalut panjang lebar..nyte all..jgn lupa niat pose =)

Sekian, assalamualaikum~


p/s: ader sesape bermurah hati nak bagi bunge?? meh la dtg lah UKM Bangi nanti..saya ada di sana..ekekeke *poyo*



~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 18, 2011

Giveaway By Retrojingga!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Dah lama tak join GA..dulu pernah join GA Cik Gugu dan alhamdulillah menang..hehe rezeki bulan puasa...


Okay, sekarang nih nak join GA Retrojingga pulak..




Apa yang perlu buat :

# follow blog retrojingga

# buat satu entry bertajuk "giveaway by retrojingga!" dan letak banner kat atas tu dan link kan ke entry GA tuh

# last skali tinggalkan link kat ruangan komen *yeahhh as usual*


Nak tau tak hadiah dye x?? hadiah-hadiah dye chomeyl2..siyess!! tak tipu *bulan ramadhan tak baek tipu-tipu tau*


Okeyh...kita layan hadiah-hadiah dye ea...taraaaa



*siyess nak brooch nih..!!*


See...i told you, cute kn =) ?

Anyone wants to join??? terjah blog dye k!!

Cepat-cepat tau!! tarikh tutup dye 21 Ogos 2011: 11.59pm!!!!

Sekian, assalamualaikum~


~((: terima kasih sudi baca :))~

Rupa Kiamat : Bacalah Wahai Sahabat2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

*Entry ini sangat panjang tau..harap bley lah baca sampai habis yer..tak mo lah separuh-separuh..tak syok la macam tuh kan..Alah tak sampai 5 minit je baca entry yang panjang berjela nih..bukan entry cikai-cikai..penuh input lagi tau..cubalah belajar untuk mendidik diri menjadi orang yang sabar tau..nak-nak dalam bulan ramadhan yang mulia nih kan..enjoy reading k =)*


Gambaran Hari Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



*kita semua tak tahu nasib kita kat sana macam mane..apekah kita menjadi orang beruntung atau sebaliknya...mintak dijauhkan jadik orang yang merugikan..seram+takut+gerun dengar gambaran hari kiamat nih..paling takut kalau ditakdirkan kita masuk syurga tapi disebabkan sebesar zarah dosa yang kita tak sedar bila kita buat, apa yang kita buat..akhirnya kita tercampak di neraka Allah yang panasnya hanya Allah aje yang tahu macam mane..*


*justeru itu..sementara kita berada di fasa ke-2 ramadhan yakni fasa pengampunan..saya nak menyeru pada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua, guna kanlah kesempatan ini untuk memohon ampun pada Allah..moga-moga Allah ampunkan segala dosa kita..insyaAllah..(bukan dalam fasa nih aja..sementara masih berbaki lagi ramadhan yang hanya tinggal tak sampai 2 minggu je lagi nih..kita raih pengampunan dari-Nya)*


*sama-sama kita renung kembali diri..apakah kita sudah bagus untuk melayakkn diri kita menjadi penghuni syurga Allah?..masih belum terlambat untuk kita perbaiki diri dan berusaha untuk melayakkan diri menjadi ahli syurga Allah*


Sekian, assalamualaikum~



~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 17, 2011

#3 Wordless Wednesday - Selawat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum





Sekian, assalamualaikum~

p/s: nak balik kampung siang nanti :D
~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 15, 2011

Dah Macam Hantu Jer Saya Tengok..Haha

Bismillahirrahamnirrahim

Assalamualaikum

Disebabkan rasa ingin mencuba yang terlalu ekstrem plus dengan semangat yang tak nak mengaku kalah kaw-kaw..saya cuba melukis doodle..

Malangnya tak dapat nak melukis doodle muslimah yang cun-melecun..akhirnyaaaaa...saya lukis seperti yang kat bawah nih...

Jom kita tengok...

*dah macam hantu saya tengok..ahaha*

Cun tak?? ahahahha...percubaan pertama baru..ini lah hasilnya..

Kalau sebelum ini saya lukis guna paint *restricted sangat* kali nih saya guna ps..main bantai jer lukis..

Maka...rambut panjang mengurai ini yang kelihatan...

Memang lepas nih nak hasilkan yang lebih baik dari yang ini..tungguuu~

Sekian, assalamualaikum~





~((: terima kasih sudi baca :))~

Semangat Kemerdekaan Membara Di Jiwa


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Tengok orang lain dok suka main doodle-mendoodle nih..saya pun teringin nak ada satu jugak..heee

Berbekalkan bakat yang ada, saya cuba untuk melukis doodle saya yang 1st..meh la tengok...


Ini dye.......

*chomey tak?*

Saya tak ada lah hebat macam blogger lain..deorang punya doodle muslimah habis..cool habis..stylo habis..gempax lagi..

Ini jelah mampu nak lukis dulu buat masa nih..kot ada masa senggang wil try photoshop untuk hasilkan doodle yg lebih cun..aha

Entry ringkas untuk hari nih..eyh bukan..pagi nih :D

Solat subuh yok!

Sekian, assalamualaikum~


~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 13, 2011

Kad Perkahwinan Ashraf Muslim & Dayana Berkonsepkan Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


*alamak!! smartnyee..boleyh gugur jantung tengok*

Balik dari terawih..tiba-tiba adek cakap pasal kad perkahwinan ashraf muslim..tak lama lagi kan ashraf muslim dah nak kahwin..deorang insyaAllah akan kahwin 24 September nih bersamaan 26 Syawal..alhamdulillah..

Yang impress giler2 nye..kad kahwin dye..wahhhhhh sangat uniq!! dan tak pernah dibuat orang lagi...kad perkahwinan yang berkonsepkan Al-Quran..rasa nya mungkin artis pertama kot yang buat konsep camnih..cayalah..!! Go...go ashraf..*tak boleh nak minat sangat-tunang orang..huuuu*

Bagi yang tak berapa nak paham jawi tuh..jangan risau..sebab tulisan rumi nya ada disertakan sekali di bawah tulisan jawi tuh..tabik lah kat asyraf ...!

Nah ini dye kad kahwin deorang...



Sekian, assalamualaikum~

p/s: nak kahwin nti, buat gini gak ar..ahaha *dan-dan*

~((: terima kasih sudi baca :))~

Kuih Paling Sexy ;)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Jom kenal-kenal dengan kuih-kuih kat bawah nih..mana tau ada antara korang yang pernah makan ker...or mungkin faveret korang ker...kui3


Kuih paling sexy=Puteri Mandi


Kuih paling keji= Taik Itik


Kuih bajet cute=Cek Mek Molek


Kuih untuk awet muda=Seri Muka


Kuih paling alim=Kuih Ketayap


Kuih penyakit lelaki kronik=Batang Buruk


Kuih paling gangster=Lompat Tikam


Kuih suka pukul=Kuih Lompang


Kuih dalam zoo=Badak Berendam


Kuih untuk Saman oleh Polis Trafik=Kuih Sampret


Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit


Kuih orang tak mandi=Kuih Bau-lu


Kuih paling tenteram=Kuih Makmur


Kuih paling tak kemas= Kuih Serabai


Sampai sini dulu hiburan kita pagi nih..hohoho

Sekian, assalamualaikum~

~((: terima kasih sudi baca :))~

Haaa Barulah Berseri

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Puas malam tadi dok 'mengembara' mencari template blog yang baru..jenuh jugak nak memilih yang sesuai dengan jiwa..


Tak dapat malam tadi..sambung lagi pagi nih..tukar punya tukar..edit punya edit..try punya try..akhirnyaaaaaa.....


Tadaaaaa...i present to all of u my 'new' blog..kehkeh..

*haha besar lagi smiley*

At least sejuklah sikit mata memandang dari sebelum ini yang penuh dengan aura 'kegelapan'...


Sekian, assalamualaikum~




~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 12, 2011

Aduuhhh Serabut-Serabut

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Serabut betul tengok blog nih..dah macam tongkang pecah jer rasa..


Macam mana lah nak attract orang untuk datang..aishh..dah nama pun teratak usang..memang itu la patutnya..ahahaha


Okeyh! serius..rasa nak tutup seketika blog nih..nak mulakan kerja2 renovation..tak tahan dah tengok..sakit mata tengok..


Chow..


Sekian, assalamualaikum~

~((: terima kasih sudi baca :))~

Minta Perhatian Semua! Ini Penting!!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Tengah tunggu nak berbuka nih..jenguk2 fb kejap..lepas tuh jumpa satu statement dari status kawan-kawan..

'PERHATIAN !! jangan join group yang bertajuk"Menjadi Bapa atau Ibu adalah hadiah terbesar dalam hidup saya" Ia adalah satu kumpulan Pedophiles yang cuba untuk mengakses foto anda dan anak anda untuk kes penculikan. Ini adalah sumber da
ri FOX NEWS pada 5hb'


Sejauh mana kebenaran nye, wallahu'alam..
Tapi tak salah kalau kita ambil langkah berjaga-jaga kan..
Preventian is better than 'Cure' *okay! tak ada kaitan tapi better kita elakkan daripada benda nih mungkin benar-benar terjadi*

If rasa nak spread to others..silakan~~

Untuk keselamatan bersama...

Sekian, assalamualaikum~

p/s: korang buka ape arini?


~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 11, 2011

Semoga Allah Memberkati Kamu Dunia Akhirat



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Hari ini hari bermakna buat diri saya..setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi..kerna ia jatuh dalam bulan penuh barakah..malam jumaat..alhamdulillah..


Awak dah masuk 23 tahun sha..patutnya umur macam nih, memang dah layak betul untuk awak jadi seorang isteri..kehkehkeh *itu jugak yang difikirnye..ish*


Ada pesanan untuk awak sha..dengar baik-baik yer..bukak mata luas-luas..juga bukak pintu hati luas-luas..jangan tidur or buat derk, okeyhh???


Hadirmu ke dunia kerana ketentuan Yang Maha Esa..
Membawa kegembiraan buat En.Kamaruzaman dan Pn.Hamidah sekeluarga..


Telah banyak dugaan dan cabaran yang awak lalui sepanjang 23 tahun nih..
Berbekalkan kekuatan dan kesabaran dari-Nya..
Awak berjaya sampai ke tahap ini..
Tahniah!!
Hari esok..belum awak tahu bagaimana coraknya..
Pastinya lebih menjanjikan dugaan, cabaran juga ujian yang lebih hebat..
Jangan awak takut...lemah..bimbang menghadapinya..
Sebaliknya, awak persiapkanlah mental dan fizikal untuk mengharunginya..


Sha..
Umurmu bukan makin meningkat..
Sebaliknya makin berkurangan..
Angka 23 itu sekadar nombor semata..
Menandakan awak semakin tua..semakin hampir menuju-Nya..
Apekah awak sudah bersedia ke arah itu?
Apekah bekalan mu selama ini sudah cukup untuk awak bertemu-Nya?


Sha..dengar baik-baik..pahatkan dalam hati..
Dekatkan dirimu lebih lagi pada-Nya..
Jangan sekali-kali cuba untuk menjauhi-Nya..
Kerna Dia segalanya bagimu..
Kerna Dia, awak bisa hidup dalam keadaan sekarang..
Tanpa Dia, hidup tiada erti...



Sha..
Perhiasi dirimu dengan akhlak mulia lagi terpuji..
Jangan pernah terfikir untuk mencorakkan dirimu dengan akhlak yang keji lagi teruk..
Berbuat baik pada semua orang..terutama sekali kedua ibu bapa mu..
Kerna mereka yang telah berkorban segalanya untukmu..
Jangan persiakan mereka..jangan sakiti mereka bila awak dah berjaya kelak..



Sha..
Sebelum awak letakkan satu nama yang istimewa di sudut hati kecilmu..
Pastikan dulu nama Ilahi dan Rasul-Nya di kedudukan yang teratas sekali..
Walau awak tiada teman sekarang sebagaimana orang lain..
Jangan risau..insyaAllah Allah sudah peruntukkan seseorang untuk awak..
Apa yang penting..awak persiapkan diri..
Perbaiki diri ke arah lebih baik..
Agar bila saat itu tiba..awak bisa menjadi pendampingnya yang membahagiakan..
Bukan hanya di dunia juga di syurga..insyaAllah



Selamat Hari Lahir Yang ke-23..
Semoga setiap detik umurmu sha, diberkati Yang Maha Esa..amiin~


Sekian, assalamualaikum~

Ref Pic: Mr.Google

p/s: rambang mata tgk juadah berbuka..kalau boleh cam nak beli sume jer..hehe

~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 10, 2011

#2 Wordless Wednesday - Coklat Kasut Nyonya Terbesar

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Sekian, assalamualaikum~

p/s: makan sehari belum tentu habis..
~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 9, 2011

Tanah Korang Warna Apa Ea?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Terasa terpanggil untuk berkongsi satu cerita yang pada saya menarik *tak tahulah korang rasa cane*


Sedari pukul 12 lebih *malam* sampai 2 lebih *pagi* dok dengar Ustaz Azhar nye ceramah...walaupun bahasa pantai timurnya sangatlah pekat sampaikan ada certain-certainnya tak paham jugaklah apa yang dia cakap..but really, enjoy listening to him..


Tipu lah kata kalo korang tak kenal Ustaz nih *tapi kalo betul ada yang tak kenal, err sory la tuduh sebarangan..ngeee-korang patut kenal Ustaz nih*..orang-orang pantai timur should be kenal dia..dia sangat best!! ceramah nye sentiasa diselangi lawak2..memang tak bosan dengar..cer try dengar..memang tak kering gusi lah..di samping tambah ilmu tak dinafikan lah bertambah juga kekerutan dahi tuh *sbb tak paham ape dia cakap..ngaaaa~*


Ada satu ceramah nih, dia sentuh pasal tanah..apa istimewanya tanah tuh? ape barang nak citer pasal tanah..tanah je la pun..ye dok??..dan sebab nih lah rasa terpanggil nak becerita ngan korang nih..


Kita semua kan tahu manusia nih diciptakan oleh Allah dengan tanah..dan tanah tuh sendiri, ada macam-macam warna..kan? ada cerah..ada gelap..selama nih, saya tahu yurp Nabi Adam tuh diciptakan dengan tanah..tapi tanah yang macam mana siyess saya tak pernah dengar..dan malam nih berpeluang mengetahui kejadiannya..


Masa nak ciptakan Nabi Adam, Allah perintahkan Malaikat untuk ambil tanah di bumi..jadinya, macam-macam warna tanah yang diambil, maka terciptalah Nabi Adam dengan campuran tanah yang pelbagai warna..sebab tuh la....manusia yang kita lihat sekarang, yakni keturunan yang lahir dari Nabi Adam nih..ada macam-macam warna kulit..ada hitam dari tanah yang gelap..yang putih sebab dari tanah yang cerah..hurmmm baru tau..*dulu tertanya-tanya gak la cane pulak orang tuh kulit dia gelap, yang nih kulit dia cerah, yang nih hok kuning langsat*


Kalau nak tau lagi..warna kulit kita yang asal dalam syurga..bukan yang macam kita miliki sekarang nih tau..tapi warna kuku..soo, orang yang kulit gelap ke putih ke kuning langsat ke koko ke..warna asal dalam syurga warna kuku =) moh cek warna kuku kita..haa gitu lah warna nya..kan chomey tuh..molek dah..hoho


Dikatakan oleh Ibnu Abbas..anggota badan nya dari tanah-tanah yang berlainan tempat..


Meh tengok kat mana tanah-tanah tuh diambil.....

  • Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

  • Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

  • Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

  • Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

  • Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

  • Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

  • Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

  • Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

  • Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

  • Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

  • Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

  • Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

  • Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Wallahu'alam..

Ref: PSSI-PUO


Itu je yang nak diceritakan..okeyhlah nak tidur nih..dah pukul 3 lebih pagi..

Sekian, assalamualaikum~

p/s: nak pergi Billion siang nanti hantar kain jahit tepi..sambil tuh cuci-cuci mata..heh


~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 8, 2011

Congratez To Them, Happy For Them

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Tengahari tadi dapat mesej dari kawan..dye bagitahu boleh call KKM untuk tahu dapat posting dekat negeri mana..and another message came..asking me about saya dah call KKM atau belum??..unfortunately, i cant answer..okey!! honestly, saya tak tahu nak answer macam mana..because she doesnt know the real situation..she doesnt know that i did not receive any SPA letter/Letter from Pharmacy Board..


Tengok kawan-kawan se-course post pasal dapat posting negeri mana..really! happy sangat!! happy for them!! cause penantian deorang akhirnya berakhir..ada yang dapat negeri yang di minta *alhamdulillah* and ada juga yang tak bernasib baik..di hantar berkhidmat ke negeri yang bukan tanah tumpah darah deorang..congrates to them!!


Dan sekarang nih..deorang tengah berdebar tunggu hospital mana pulak..harapnya deorang dapatlah hospital yang deorang aim tuh...

Saya??..belum rezeki saya lagi untuk tahu dapat posting mana..terkilan? jeles?? sedey? tak ada langsung..sebab saya yakin, lambat laun saya dapat juga tau tempat mana saya posting..insyaAllah..cuma saya akan lambat berkhidmat untuk negara la dari kawan-kawan yang lain..hehe

*will become a pharmacist one day, insyaAllah*

Ada ura-ura cakap 16 Aug deorang akan mula lapor diri..wahh cepatnye!! baguslah tuh..dari duk rumah lama-lama tak buat ape..tak jadik juga..baiklah pergi berkhidmat kat negara tu...hihi..tapi tuh lapor diri kat jabatan kesihatan negeri..kat hospital, wallahu'alam..

Sekian, assalamualaikum~

~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 7, 2011

Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat : Makanan Buka Puasa Kegemaranku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Aduhhh tengok tajuk entry pun dah macam-macam makanan yang berlegar-legar kat kepala nih..haila JT hang betol2 la wut cheq rasa lapaq ngat nih..dah lah pi terjah blog JT sebelum nak berbuka..heh lagi lerr tak menahan perut nih time tuh..terusss jer tetiba rasa nak makan makanan yang dah lama teringin nak makan tuh..ish ish..*so far, belum ada rezeki*

Thx to JT sebab bagi idea nak buat entry ape..hoho, saya malas nak update blog lately..lagi suka terjah blog orang..lepak blog orang lama2..selongkar blog orang....heh

*klik banner kalau nak join sama :D*

Heh, sebelum saya bercerita panjang lebar, meh saya tag dulu dye nih, Yana

Kalau setiap kali bulan ramadhan datang..memang saya tak kan kalau tak sah minta untuk makan roti jala..nak kata best sangat..alah, rasa tepung je la pun..kot kunyit tak rata, mungkin la ada rasa kunyit skek..hoho..*memandai jer* sebab roti jala nih susah sangat nak jumpa time hari biasa *boleh jumpa, kalau buat sendiri..huhu*..even ramadhan pun kadang2 susah gak..tuh yang dah ramadhan ke-7 nih tak merasa lagi..

*dapat makan ngn kari pekat memang masyuk..kari cair, nak masyuk mendenyeee*

Hurm..masa kat matrix dulu, memang suka gila makan nasi ambeng..sebab dia ada macam-macam dalam tuh..ayam ada, mee ada, ikan masin lagi..memang kenyang gilerr makan..tapi tuh time kat matrix..sebab matrix kat johor dulu, sebab tuh yang selalu beli..nih kat putrajaya nih..entah ada entah tak nasi ambeng tuh..

*uishh betul2 membangkitkan selera*

Haaa lagi satu suka makan nasi kukus ayam berempah..dengan ayam dye yang tak nak kalah besar nya, makan skali dengan cili dye..pergh! memang terangkat lah..ingat buka tadi ada rezeki merasa nasi nih, sekali tengok makanan kat rumah dah banyak..tuh yang tak jadi beli tuh..kalau tak, memang dah lama dah pergi beli..teringat saat-saat makan nasi kukus ayam berempah nih ramai-ramai dengan budak rumah masa U dulu..*berbuka sambil tengok tv..ape kess??* tengok ayam besar-besar nih, halamak! perut tiba2 rasa nak makan pulak nasi nih tetengah pagi buta nih..mane nak cekau???


Okaylah..takat nih jer la dulu..nak tidur..nanti nak bangun sahur :D

Korang yang masih berblogging tuh..pi2 la masuk tidur, nanti tak jaga sahur, tak tahu..nyte all..

Sekian, assalamualaikum~

~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 6, 2011

Geram Betul Dengan Budak-Budak NIh..Grrr

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Ini cerita malam tadi *yer ler..pi lah tengok jam tuh..dah pagi..dh masuk hari lain (kalau ikut kalender omputih..ikut kalender islam, memang lepas maghrib tadi dah masuk hari baru)*

Seperti biasa..solat terawih kat surau depan rumah nih..dan seperti biasa jugak..pasti ada budak-budak yang tak cukup umur bermain mercun time-time orang tengah solat terawih nih..huhu

Alah budak-budak kat putrajaya nih *mungkin tempat lain pun sama kot..entah, korang selidik sendirilah*..belum masuk bulan puasa lagi dah main mercun sakan..berlentum sana sini..sampai terkejut orang di buatnya..kalau bunyi nye sedap di dengar tak ape lah jugak..nih buat menyakitkan telinga jer..haaa hati sekali sakit..*aha dah start emo*

*tak pun, korang main jer ler pop-pop nih..paling kurang pun, sakit sikit kat kaki je..tak jejas jari..huhu*

Ce bayangkan..korang tengah solat penuh kusyuk nih..tengah syok layan alunan suara imam yang begitu merdu lagi mendayu-dayu membacakan surah-surah panjang dari Al-Quran *sampai naiklah lenguh jugak kaki tuh* tetibe jer dengar bunyi mercun yang kuat tak kuat lah..tapi cukup lah buatkan korang terkejut *naseb tak melatah jer time solat tuh* tak ke dah tak concentrate kat imam/solat tuh??? tak ke dah tak kusyuk dah solat tuh?? tak ke dah terganggu nyer korang time solat tuh?? tak ke hati korang tuh dok berbunyi-bunyi yang bukan-bukan time solat tuh?? cer cakap sikit..cer la..

*cer jadik macam budak nih..sejuk mata pandang*

Geram tak korang bila di ganggu camtuh?? masalah kalau bunyi mercun tuh sekali dua jer..boleh lagi lah kot kalau nak consider..nih dah tahap boleh menaikkan darjah kemarahan korang..dah boleh membuatkan hati korang mengomel tak tentu pasal..tak ke geram?? tak ke rasa macam.....'heyyy kalau aku dapat budak yang main mercun tuh..siap la korang'

Okey! memang saya tengah geram nih!! geram ya amat..tak serik betul lah budak-budak nih!! agaknya nak sampai jari hilang baru nak serik kot..huhu..tak pun pecah muka sana sini ke..badan melecur tak ingat ke..kalau ada yang serik lerr..kalau tak ada..hmmmm lantak korang ler..haru betul..

*nak sampai jadik camni ker baru nak stop main mercun?*

*atau nak jadik camni? tak pasal2 jadi kassim selamat segera*

Adik-adik oiii bawak-bawaklah insap diri tuh..sudah-sudah la tuh main mercun tuh *simpanlah untuk time raya nanti..hahaha-erkkk okay, gurau jer!!*..korang nak hidup lama lagi ler *insyaAllah*..sayangi la diri tuh *especially jari tuh!!*..simpanlah duet tuh buat beli aiskrim ke hape ke dari habis kat mercun segala..aiseyyy sabar jer la ngan budak-budak nih *dah nama pun budak-budak, macam paham sangat jer apa yang aku cakap nih*

Alamak! dah pukul 3pagi!! nak chow dulu la..mornyte all~

Sekian, assalamualaikum~

Ref Pic: Mr.Google~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 5, 2011

Selamat Hari Lahir ke-69

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

I just wanna wish Happy Birthday to my lovely grandma..
Today is her birthday yang ke-69..
Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umurnya dan diberi kesihatan yang baik..

*inilah nenek saya \(^_~)/*

Ya Allah..ku mohon padaMu..

Murahkan rezeki nenekku..
Panjangkanlah umurnya..
Berikanlah kesihatan yang baik buat dirinya..
Juga keberkatan dalam hidup..
Serta rahmatilah dirinya di dunia juga di akhirat..

Amiin..ya Rabbal alamiin..

Tinggal beberapa minit jer lagi nak berbuka..i should prepare myself untuk berbuka..ngeee~

Guys..selamat berbuka..jangan makan banyak-banyak ngat..nanti susah nak beribadat..*peace*

Sekian, assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 4, 2011

Giveaway Edy: Still Beauty

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

First of all, saya nak mintak maaf sangat2 kat Cik Violet..*sorry paah, lambat betul aku respond ajakan ko nih..heee..baru lani aku berkesempatan nak..errr *speechless* nak update pasal nih lah..huhu*

Siapa Cik Violet nih sebenarnya ea?? mungkin ada antara korang yang dah pun jadi follower dia..so, ce try cek blog yang korang follow...ner tau dia ada dalam list tuh ke..hoho *perlu ke??* tapi kalau tak follow lagi or tak pernah dengar pun nama Cik Violet nih, haaa moh lerr terjah blog dia reramai *pssst, dia cantik woo!*

Cik Violet nih actually saya punya member masa sekolah mrsm 'keretapi-itik' dulu..kitorang pernah satu group belajar *almaklumlah masa tuh nak spm kan* *wait..wait..why i m telling u ols pasal dia?..erkkk* uhh never mind..

Aha sebenarnya just nak bagitau yang dia tag saya untuk join GA ini..yeah GA from Edy..itu jer lah pun..tapi mukadimah panjang bebenor *yeah..yeah, i know..what a waste of time reading that* huhu..


So, ada sesiapa yang berminat nak join this GA?? *psstt hadiah dia, not bad what..cute lagi! nak tau, terjah blog Edy ok..hehe*

Korang klik je gambar tuh..woraitzz?? tak yah nak segan-segan sangatlah kan..ngeeee~

Dalam entry nih, should be kenalah ada 2 link nih..tadaaaa
Ohh ye, follow sekali tau!

Last skali..kena tag at least sorang blogger lain..sooo saya tag wawa ..

Done!!! like usual, kenalah link kan kat pihak penganjur..lalala

Opzz hampir terlupa..tarikh tutup: 11.59 malam 7 Ogos 2011..

Sekian, assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Aug 3, 2011

I Love You, Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Macam mane puasa setakat nih? masih bersemangat untuk meneruskan lagi 27 hari? moga2 kita diberi kekuatan untuk terus bersemangat sampailah ke penghabisannya, insyaAllah..


Sebelum berbuka ingat nak kongsikan satu doa dengan korang...tapi saya fikir, alah nanti-nanti la..macam lah tak ada waktu lain..lepas terawikh pun boleh bagitau..tak lari gunung di kejarnye..tak gitu? errk...

Nih saya kongsikan doa untuk mencintai Allah :D

Rasulullah SAW bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.”

Amiin..amiin ya Rabbal alamiin..

Bukan hanya ditujukan pada korang..tapi juga pada diri sendiri..supaya dapatlah kita sama-sama mengamalkannya lewat dalam doa kita..moga-moga Allah hadirkan cinta-Nya dalam hati kita agar kita lebih tertaut dan menyintaiNya..insyaAllah =)

Sekian, assalamualaikum~

Ref: Sebarkan Bahagia

p/s: digalakkan byk berdoa dlm bulan ramadhan, sooo ape lagi..jomlah amalkan :D
~((: terima kasih sudi baca :))~

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz