Aug 27, 2011

Macam Mana Nak Makan Ubat Time Bulan Puasa?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Malam tadi tengah busy kemaskini maklumat Alumni UKM..tetiba kawan call..dye tanya pasal macam mana nak ambil ubat time bulan puasa...




Gusi dye bengkak and bernanah gara-gara gigi bongsu dye lambat sangat nak keluarnya..bila dah makin terasa keterukan sakitnya tuh..tuh yang jumpa doctor tuh..doctor bagi dye antibiotic [Amoxicillin & Metronidazole]..and both drugs kena ambik 3 kali sehari..


Kalau time tak puasa tuh senang citer lah kan..amek je pada masa-masa yang dah di tetapkan tuh..nih time pose..bila masa pulak nak amek nye?? tak kan nak amek time waktu yang dah d tetapkan?? tak pasal-pasal kan dah kena berbuka..


Tapi untuk orang yang sakit nih, ada keringanan untuk tidak berpuasa..dikhuatiri memudaratkan dirinya kalau tak makan ubat tuh..tapi kena qada' balik la puasa yang ditinggalkan tuh..


Firman Allah S.W.T :

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa diantara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”. (al-Baqarah : 184 )



Kat sini ada sikit panduan untuk makan ubat time bulan puasa..tapi......sebelum tuh..korang kena faham dulu la istilah OD, BD, TDS & QID nih :)


OD=ambil ubat hanya sekali dalam sehari


BD=ambil ubat 2 kali dalam sehari


TDS=ambil ubat 3 kali dalam sehari


QID=ambil ubat 4 kali dalam sehari (kebiasaannya ubat antibiotik, memerlukan QID dosing)


Okeyh, dah faham kan???


Now, kita tengok plak macam mane nak makan ubat time bulan puasa..tapi yang nih hanya untuk ubat makan aje tau (tablet, capsule, syrup)...

OD = ambil sekali sahaja waktu sahur ATAU semasa buka puasa


BD = ambil dua kali sehari masa sahur DAN masa berbuka


TDS = masa berbuka, masa tengah malam sebelum tidur DAN masa sahur


QID dan seterusnya = tidak perlu berpuasa..sebab kena ambil 4 kali sehari.. Puasa boleh digantikan pada hari lain.


Macam mana pulak yang dikatakan sebelum dan selepas makan tuh???


Haaa meh sini meh..saya nak khabarkan pada korang...senanglah nak faham spy tak ada yang confuse bila sebelum dan bila selepas tuh..


Sebelum makan:

waktu berbuka~


1- Kalau sebelum makan, waktu berbuka makan dahulu yang ringan-ringan.


2-Kemudian solat maghrib dulu..baru makan ubat..


3-Kemudian baru makan makanan yang berat...


waktu sahur~


1- bangun lebih awal untuk makan ubat dahulu sebelum menjamah sahur...


Selepas makan:


Macam biasa lah selepas makan, selepas makan sahur (sebelum azan subuh) dan / atau selepas makan juadah berbuka..


Harapnya dengan info yang sedikit nih dapat bantu korang untuk menangani masalah macam mana nak makan ubat time bulan puasa :)..yerrr walaupun saya tau bulan ramadhan dah nak makin melabuhkan tirainya..tapi boleh dijadikan panduan untuk masa hadapan *kalau berpeluang bertemu ramadhan yang akan datang, insyaAllah*


Sekian, assalamualaikum~

sumber


~((: terima kasih sudi baca :))~

No comments:

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz