Aug 22, 2011

Apa Pun Tak Boleh Gara-gara Dia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum



Seorang lelaki yang ditahan petang semalam di ibu negara berhubung kes simbah asid terhadap seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu, direman lima hari bermula hari ini.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata lelaki berusia 28 tahun itu kenalan mangsa. “Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu polis menyelesaikan kes simbah asid di Jalan Raja Laut itu,” katanya. Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Rafie Abdul Latif, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya, di sini. Lelaki itu membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.


Menurut sumber, lelaki yang ditahan itu seorang dari rakan mangsa yang bersamanya pada hari kejadian dan dibawa polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) iaitu tempat mangsa dirawat dengan tangan bergari, semalam. “Lelaki itu bertengkar dengan mangsa beberapa hari sebelum kejadian, namun tidak dapat disahkan sama ada dia terbabit,” katanya. — Bernama



*Penduduk bumi sekarang nih dah makin gila+ganas+kejam dan seumpama dengannya..dah makin banyak pulak kes pasal simbah-menyimbah asid nih..haii ingat cecair tuh air mineral ke?? hello..itu asid okeyh!! nih baru pasal asid..ntah esok lusa masuk berita kena simbah alkali pulak..huhu*


*Diorang yang buat kerja terkutuk nih..tak fikir panjang ke?? tau nak buat dajal kat orang je..tak pasal-pasal kan dah menderita orang tuh..cuba kalau diri sendiri tuh yang kena curah asid balik?? ape yang kau rasa???? sakit? sedap? syok??*


*Kadang-kadang rasa hukuman yang dikenakan pada pesalah macam tak setimpal pulak..hidup mangsa tuh dah musnah..tapi pesalah??? setakat bebrape tahun penjara dengan hukuman sebat la hapa la tak mustahil kalau dia dah bebas kelak perkara sama berulang kembali..*kalau jenis tak serik+tak makan saman lerrr* patutnya dye dikenakan hukuman simbah balik asid tuh..baru dye tau sengsara tak sengsare jadi mangsa *hahahahah kejam gilerrrr* *


*Gara-gara incindent nih..ramai orang takut nak jejak area jalan TAR tuh *termasuklah saya..waaaaaa*..malang tak berbau..*tapi kalau berbau pun, macamlah boleh elak kalau dah takdir..huhu* nak shopping pun dah tak berani dah nak gi sana..benci lah diorang nih!!! sebabkan ader makhluk cam nih..apa pun tak boleh jadi..*


*Disebabkan rasa geram yang memuncak sebab tak dapat pergi jalan TAR semata sebab incident main simbah-simbah asid nih..tuh yang terpakse pergi s.alam semata carik tudung..waaaaa tudung kat s.alam *pkns* mahalllll..dah la duet banyak terbang asek bayar tol jer..satu hapa pun tak dapat..saba jer lerr *memang taubat lah lepas nih nak pi s.alam g* *


*Cukup setakat nih jer..geram dah terhambur..nak makan..nak tidur..*


Sekian, assalamualaikum~

p/s: tak dapat gi jalan TAR kat keyell..jalan TAR kat putrajaya pun jadikkk lerrrrrrr


~((: terima kasih sudi baca :))~

6 comments:

aSh MiRa said...

ituler..suka2 je nak simah asid kt orang lain..dia igt benda mainan ke asid tu...takut dgn umat zmn akhr nih..huhu

misz molecule said...

takut kot nak jalan2 sekarang.kes asid ni la..



1st time singgah & follow cni:)

iPai said...

1* Sha, er simbah alkali rasanya macam takde pape .. ubat gigi tuh alkali .. heheh

2* ni laa sebab marah2 kot .. jeles orang lain senang hati

3* cadangan yg sngat bernas, tapi sangat kejam laa plak .. apa kata suh pesalah tuh kasi duit utk org tuh buat pembedahan plastik .. dapat muka lagi hensem wat

4* tak pernah pg TAR masa musim raya .. heheh ..

5* takpe laa mahal, tp selamat kan .. ?

Sha said...

@ash mira: kan..kan...seram la dgn org2 yg mcm nih...

Sha said...

@misz molecule: hmm tol2!..dlu jln tar tuh mmg tmpt wajib singgah la..nk2 beli tdg+novel+shopg bju..skrg nih..takuttt dah nk g sana :(

Sha said...

@ipai:

1-eyh2, tuh alkali yg dh bercampur bhn lain..cer try simbah alkali yg pure 100& tuh..tgk ape jadik..sifat menghakis jgk tuh =p

2-manusia akhr zmn..ntah nak jadi ape lah...ish3

3-hahaha..bgus jgk cdgn tuh...der pulak pesalah tuh duet byk nk tlg byr kos pembedahan plastic..ahakz

4- owhh ea..nih mesty kes duk neg lain nih..ekekeke

5-yeah2 slmt tuh mmg ler slmt..tp kalo dpt yg murah, org lagi suka kan..ahaha

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz