Jul 31, 2011

Khas Buat Kita Semua Yang Bernama Manusia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Selagi mana kita bernama manusia, kita tak kan pernah dapat lari dari melakukan dosa..baik dosa kecil mahupun dosa besar..dan selagi mana kita berdoa dan memohon ampun padaNya, insyaAllah Dia pasti mengampunkan...


Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri!..janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya..sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Az-zumar:53)


Dalam sebuah hadith sahih, Nabi SAW bersabda, Allah Maha Tinggi berfirman:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan-Ku, maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tak peduli.."

"Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit, kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli.."

"Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku, dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besarnya seisi bumi seluruhnya.."



Lihatlah..betapa Allah Maha Pengampun lagi Penerima Taubat..


Dalam riwayat sahih yang lain, Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya seorang hamba yang melakukan sebuah dosa kemudian ia mengucapkan: Ya Allah ampunilah dosaku, sesungguhnya tidak ada yang bisa memberi ampunan terhadap dosa-dosa kecuali Engkau.." ...Kemudian ia kembali melakukan dosa, dan setelah itu berdoa kembali: Ya Allah ampunilah dosaku, sesungguhnya tidak ada yang mampu memberi ampunan terhadap dosa-dosa kecuali Engkau.." ...Kemudian kembali melakukan dosa, dan berdoa kembali, Ya Allah ampunilah dosaku, kerna sesungguhnya tidak ada yang berhak memberi ampunan terhadap dosa-dosa kecuali Engkau.."


'Ya Allah..hambaMu ini banyak melakukan dosa..dosa kecil mahupun besar..yang sengaja mahupun tidak..yang nyata mahupun tersembunyi..yang disedari atau tidak..yang terdahulu, sekarang ini dan yang akan datang..Kau ampunilah segalanya Ya Allah..Tuhanku Yang Maha Pengampun lagi Penerima Taubat..amiin~'


Di sini, sebagai halwa telinga tetengah malam nih..jom kita dengar lagu nih *bestt woo..sgt menusuk kalbu..memang terbaekk lah layan waktu2 gini/dinihari*




***************

Hari isnin nih, insyaAllah kita akan memulakan ibadah puasa..jadi di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf atas segala-galanya..

Ramadhan...

'Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan, penghujungnya pembebasan dari api neraka'


Selamat menyambut Ramadhan..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelum-sebelumnya..jom kita berazam *bukan azam je tau* tapi berusaha sungguh-sungguh juga ikhlas dalam menunaikan ibadah puasa demi mengharapkan keredhaan dan keampunan dariNya..insyaAllah

*mood tak sabar nak puasa*

Sekian..assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 29, 2011

Tahi Lalat Signal Awet Muda

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Aipp tajuk entry pun dah ada yang mengundang kekerutan di dahi *erk, betul ke nih?* atau mungkin senyuman di bibir *wuahh tak sesia aku ada banyak tahi lalat..hoho*

Menurut majalah iSihat yang saya baca, kehadiran tahi lalat kadang-kadang mendatangkan rasa tak selesa sebab ia mungkin petanda awal kanser kulit.

Tapi terdapat penelitian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di King's College, Britain, yang mana mengatakan individu yang memiliki tahi lalat sebenarnya mempunyai DNA yang lebih panjang di mana ia berperanan memperlahankan proses penuaan!

jasa baik Mr.Google

Heh, betul atau tidak kenyataan ini, wallahu'alam..kalau pun betul..tak sesia ler sesiapa yang ada banyak tahi lalat tuh..kikiki *awet muda tuh* *wonder ada ke orang yang tak ada langsung tahi lalat-macam tak ada jer*

Entry pendek jer kali nih..harap terhibur :)

Sekian..assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Arrghhh Tak Boleh Tidur

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Seawal pukul 2++ pagi tadi dah prepare siap-siap nak tidur dah..golek punya golek, pusing kiri pusing kanan, paksa mata pejam, tutup muka dengan bantal...aduhhh tak jalan jugak..dah pukul 4 lebih dah sha oii..mata nih degil betul nak tidurnya..kesudahannya, hanya memandang sekeliling bilik yang ada cahaya samar-samar dari luar..haishhh


Takkan lah bahana minum nescafe petang tadi tak boleh tidur nih?..halla...Ya Allah, nak tidur..nak tidur..*tapi tak nak lah tidur tak bangun2..tuh dah lain kisah*


Sekadar mengisi 'masa lapang' tetengah pagi buta nih..tu yang terlebih rajin mengupdate entry yang ntahape2..

Baiklah cuba cuba cuba dan terus cuba untuk tidur..dah lah merepek panjang-panjang pun, bukan bawak faedah..

Sekian..assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 28, 2011

Saya Nak Join Segmen Review Dari Cahaya Azyla

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Hehe *belom apa2 dah tersengih2-ape kes sha??* kali nih nak join segmen review me-review pulak..


Berminat nak join? jangan segan silu klik banner kt atas nih..okai??

Sekian..assalamualaikum~

p/s: apakan daya, harimau kalah di tangan singa..takde rezeki la tuh..apa-apa pun, buat yang terbaik untuk next time *tak kisah lawan siapa pun* janji, rakyat msia tetap memberikan sokongan padu pada kalian, harimau :D
~((: terima kasih sudi baca :))~

Dosa Potong Kuku..Tolong Saya ;(

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

"Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.."

motip bela kuku macam nih? glamour semate?huuu

Saya ditanya seorang rakan, mana sumber yang saya perolehi..apa yang saya dapat katakan, saya peroleh dari blog-blog orang..rata-rata yang saya jumpa *setakat ini*, isi kandungan nya sama..tapi tak pulak kelihatan ada dalil-dalil/hadis sahih yang turut disertakan..

Bukan saya meragui...tidak! cuma, selepas disoal rakan, saya terfikir akan hal ini, dan tertanya-tanya jugak lah..at least bila ada hadis/dalil yang menyokong kenyataan itu..lagi bertambahlah keyakinan kita terhadap sesuatu perkara, buka
n?..tak adalah kita menyebarkan sesuatu yang diragui..betul tak? tak nak lah saya sebarkan/share sesuatu yang tak berapa nak jelas kesahihan nye..nanti tak pasal-pasal, bukan pahala yang kita dapat, dosa pulak yang kita pungut..mintak dijauhkan, amiin..lagipun, saya bukan pakar dalam ilmu agama nih sangat, masih merangkak-rangkak menimba ilmu akhirat..

Jadi, saya minta pada awak-awak yang baca nih..tolong s
aya huraikan pasal menda nih..kalau jumpa dalil/hadis lagi bagus..sebab itu yang saya inginkan..sama-sama kita tambah ilmu, sama-sama kita manfaatkannya, insyaAllah..

Dah alang-alang cakap pasal kuku..saya kongsikan sekali cara pemotongan kuku ikut sunnah Nabi SAW..*moga boleh dijadikan amalan kita kelak*

credit: Oh! Islam

Sabda Nabi SAW yang ertinya : Barang siapa yang mengerat kukunya pada..


Hari Sabtu
nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad
nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin
nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa
nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu
nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis
nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat
nescaya keluar dosa-dosanya seperti hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT


Sekian..assalamualaikum~

p/s: harimau vs singa mlm nih..good luck harimau *walaupun tak layan bola, tetap menyokong tanah air terchenta, tetap berharap malaysia menang!!..hoho~


~((: terima kasih sudi baca :))~

Contact Lenses Yang Super Duper Cool

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Malam nih aku tak rasa nak berstory-mory panjang lebar..kita layan gambar jer la ea..lagipun malam nih, aku tak bercadang nak stay up..penat menjahit baju tadi *erkk, motip?*








p/s: nih kalau aku pakai nih, mau terkejut mak ayah aku..

Tidur dulu..sekian, assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 27, 2011

Mari Pakai Cincin Ikut Cara Islam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Suka pakai cincin tak?? Mesty hangpa semua suka kan..elelele malu-malu plak nak mengaku..ahakz..tak kisahlah cincin emas ke, perak ke, tembaga ke, yang berbatu besar ke, halus ke, sederhana ker, berwarna-warni ke..anything ler..janji ia nya terhias cantik di jari-jemari hangpa semua :) tapi...HARAM hukumnya kalau lelaki pakai cincin emas!! peringatan di situ..

Dan tak dinafikan, majority baik perempuan mahupun lelaki suka pakai cincin kan..mungkin hanya ada segelintir sahaja yang tak suka pakai..samada mereka rimas, ada allergy yang memungkinkan mereka tak boleh nak pakai barang-barang kemas nih *macam eczema*, atau mungkin ada yang tak suka langsung tengok benda tuh terhias cantik di jari..

Apa-apa pun alasannya, bukan itu persoalannya..apa yang ingin diperkatakan..Islam is the way of life..Islam mengajar penganut nya mengamalkan cara yang betul dan tidak sekali-kali membebani penganutnya..macam dalam pemakaian cincin juga lah, Islam mengajar penganutnya memakai cincin dengan cara yang betul..mungkin ada antara hangpa semua dah tahu cara pemakaian cincin mengikut Islam..tapi takpe, aku tetap jugak nak kongsikan perkara nih..

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada menantu Baginda, Saidina Ali sesudah Saidina Ali mengahwini anakanda kesayangan Baginda, Siti Fatimah..Nabi Muhammad SAW berpesan pada Saidina Ali, kalau memakai cincin, pakai lah di jari:
  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
  • jari telunjuk
  • jari tengah
Nabi Muhammad SAW melarang pemakaian cincin di jari telunjuk dan jari tengah kerana perbuatan itu menyerupai cara berhias kaum yang dilaknat Allah SWT, iaitu kaum di zaman Nabi Lut a.s..

Hangpa semua mesty pernah dengar kan kisah kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut..betapa mereka telah melampaui batas..kalau tak pernah dengar, haaa rajin-rajin lah baca kisah-kisah Nabi..even dalam Al-Quran pun tercatat kisah ini..kalau ada masa lebih, lepas maghrib tuh, bacalah Quran dan terjemahannya sekali..tak rugi pun..malah menambahkan saham akhirat..insyaAllah..

*nasib baik pakai cincin kat jari manis..erkk, motip?*



Sekian..assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

GA Sempena Ramadhan By Cik Gugu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Hello readers..tengah buat ape tuh?? blogwalking lagi? untuk tambah follower? ahakz..meh sini dengar ape aku nak kabo kat hangpa semua..aku join GA lagi..hehe..kali nih datangnya dari Cik Gugu..apa? korang nak join jugak ke??kalau korang nak join jugak, korang klik je header kat bawah nih okai??


GA kali nih sangat senang je..apa yang diperlukan just nama, umur and pekerjaan..

Okai, aku syahirah, umur 22++ *heh 11 august nih baru lah masuk 23* (motip bagitau besday??) and kerja aku dok goyang kaki kat rumah je..ahahah *pssttt baru habis belajar lerr*

Sampai sini dulu..sekian, assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 25, 2011

Segmen : Andai Ini Ramadhan Terakhirku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Tak nak cakap banyak..*tak cakap la, hang taip jer ler...huhu* nak join segmen nih?? klik banner yer...


Andai ini ramadhan terakhirku..Ya Allah, dengarnya pun dah menghantar rasa semacam di hatiku..andai benar ini adalah ramadhan terakhirku, memang lah aku benar-benar tak bersedia nak berhadapan denganMu Ya Allah..sebab bekalan aku untuk menujuMu belum cukup..lagipun dosa-dosa aku yang menimbun tuh, dah terampun olehMu atau tidak Ya Allah..


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku ingin berpuasa sesungguh-sungguhnya..ikhlas dalam berpuasa dan semata-mata mengharapkan keredhaan juga keampunan dariMu Ya Allah..kerna ramadhan-ramadhanku sebelum ini, aku sedar, tak sesungguh mana aku buat..sebab tuh, aku bertekad *insyaAllah* kali ini, aku ingin berpuasa sebagaimana selayaknya..


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku tak nak sekadar menahan lapar dan dahaga jer..kalau boleh dan kalau aku mampu, aku ingin anggota badanku juga berpuasa..terutamanya mata, telinga, mulut, nafsu, hati, juga akal..aku ingin menjaga pandangan mataku dari melihat benda-benda yang tak sepatutnya aku lihat, aku ingin mendengar perkara yang baik-baik aje, aku ingin mengurangi percakapan yang sia-sia, nafsu ku, akan kucuba untuk bersederhana..tak nak terlalu bernafsu dan terliur tengok makanan-makanan yang terjual di bazaar ramadhan..nanti takut membazir..tak nak membazir..hatiku akan ku cuba asuh untuk berzikir kepada Mu, beristighfar padaMu sebab aku sedar dosa aku sangat banyak kalau nak dibandingkan dengan kebaikan yang aku buat Ya Allah, akal aku, terlalu banyak imaginasi yang entahape2/sia-sia, kalau boleh aku hanya ingin mengingati Mu sentiasa..


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku ingin penuhi malam-malam ramadhan tuh dengan solat tarawikh..kalau boleh full *tuh pun kalau Allah tak bagi cuti..huhu*..nak baca Quran sebelum tidur..kalau tak dapat habiskan 1 Quran tuh tak ape *sebab aku sedar aku tak mampu nak habiskan dalam masa 1 bulan ramadhan tuh* at least 2 muka surat atau 1 muka surat pun tak apa..beserta dengan terjemahannya..nak tidur awal, supaya boleh bangun buat tahujjud *jika diizinkan Allah, aku nak merebut peluang tuh..sangat kurang 'bertemu' Allah*


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, kalau boleh lepas sahur tuh tak naklah tidur *kebiasaan yang aku buat..huhu* nak gunakan waktu tuh untuk buat kebaikan *tak kisahlah kebaikan jenis yang macam mana sekalipun, tolong mak jahit baju ke..eyh ape-apelah, janji bukan yang lagho* then, lepas solat subuh tuh, baca Quran..1 atau 2 muka surat beserta terjemahannya..


Andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku nak cuba menghidupkan 10 malam terakhir..*selalunya tak berkesempatan sebab Allah dah siang-siang bagi cuti..huhu*


Dan andai ini ramadhan terakhirku Ya Allah, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada kedua-dua ibubapa aku terutamanya, pada adik beradik, pada nenek-nenek dan saudara mara aku, juga pada kawan-kawan..takut tak berkesempatan untuk bertemu di masa akan datang..

Pengharapanku, agar apa yang kucoretkan ini, bukan sekadar coretan semata tapi akan aku cuba untuk merealisasikannya di ramadhan yang hanya tinggal berapa hari jer lagi nak datang nih..Ya Allah, berikan ku kesempatan untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu..amiin~


Sekian..assalamualaikum~


~((: terima kasih sudi baca :))~

Nak Sugar Glider

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Apa sugar glider tuh haa? pernah tak hangpa semua dengar nama sugar glider? dan macam mana pulak rupa dia ea? comel ke? huduh ke? mengerikan ke? menggelikan ke? euwww..

Taraaaaa...nih lah dia sugar glider yang disebut-sebut tuh

macam hamster jer

Comel tak? (ke aku sorang je yang rasa dia nih comel..huhu) ...kalau hangpa semua ingat, kisah pasal sugar glider nih pernah disiarkan kat majalah tiga..first time tengok sugar glider, rasa macam nak bela je satu..heeee sebab dia comel sangat, jinak pulak tuh..mana aku tak geram..

Tapi.....harga dia nih beratus-ratus lerr..common price kalau tak silap area rm200-rm250..tuh baru sugar glider semata..belum lagi masuk tang tempat tidur dia, makanan dia, kelengkapan bermain dia, tang grooming lagi (ingat manusia je ke nak grooming grooming nih, heyy pet chomey nih pun kena jugak tau)..haiii mau kopak aku camnih..hajat hati memang nak ada satu..tapiiii...tuh la kewangan menjadi masalah..tak ada ke sesiapa orang kaya atau anak orang kaya yang tersesat kat blog nih nak tolong dermakan duet kat aku..tak pun tolong belikan satu (heh kalau dapat sepasang lagi cantik..ahakz)..hehehe..bertuahlah hang sha kalau ada yang nak menyepport hang..

Hanya mampu berangan jer ler...nak menggapainya dalam mimpi pun belum tentu dapat..heh *hoping marrying someone who lurves and having sugar glider-tak yah susah-susah nak beli, dah ada dah pun, cume tinggal nak main aje dengan dia..ahahaha*

aha..jangan tak tau, dia boleh terbang..\(^_^)/


Sekian..assalamualaikum~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Dudel FREE!!!

Bismillahirrahmanirrahim

AssalamualaikumCute x dudel nih?? cute kan..dgn rambut tebal dye..wuahh chomey glerrrrr...kalau boleh tampal dudel chomey lotey nih kat blog aku kan best..

Beruntungnya empunya blog (Cik Cempaka) reti buat dudel-dudel chechomey macam nih..even singgah blog dia pun, banyak dudel chomey-chomey..Cik Cempaka, saya nak satu boleh?? alaaa boleh la Cik Cempaka..boleh la..boleh ye *mengharap nih*?? hehe

Kalau hangpa semua tak percaya apa yang aku katakan..haaa hangpa semua pergi terjah blog Cik Cempaka, gerenti hangpa semua mesty tertarik habisssss dengan dudel-dudelnya yang cute-mute tuh..tengok header Cik Cempaka pun dah tertarik, apetah lagi dudel yang lain kan..hehe..meh-meh jom terjah blog dia reramai..bawak sekali sedare mare..hoho

Cik Cempaka, saya nak dudel autumn yer...(betul nih, nak sangat tau..cute lorh) hehe..

Ohhh siapa yang nak..cepat-cepat tau..coz tarikh tutup dia 28 July 2011 nih !!

Sekian~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2 : Bila Boleh Tengok Nih

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Dah lama cerita nih keluar dekat panggung..dan aku tak berkesempatan nak tonton cerita nih kat panggung..yang masa part 1 dulu, aku tengok kat Times dengan coursematez aku yang sporting-sempoi giler..tapi yang part 2 nih? aku nak tengok dengan siapa?? tak kan nak tengok sorang-sorang..dowhh, tak seronok ler..ada sesiapa nak teman kan? uhukz

sporting-sempoi-otak gila2 *rindu mereka*

Nak ajak deorang, memang tak dapatlah..kalau semua dah habis belajar, dan semua duduk jauh-jauh..hurmmm..lagipun tinggal berapa hari je lagi boleh tengok kat panggung..tak kan nak tunggun download? woooo alamat berbulan-bulan lah baru link nak ada kat internet..link yang ku maksudkan, link yang kualiti gambar dia cantik..tapi, kalau ada sesiapa yang tau ceruk mana nak dapatkan link cerita nih, dah boleh donwload, kualiti gambar cantik, habaq mai kat aku ea..aku nak donwload in case tak sempat nak tengok kat cinema..

Dah pagi dah pun..beruntunglah mereka yang terjaga waktu nih, boleh solat tahajjud :D tapi orang yang ini, baru nak tidur, memang dah tentu-tentu lah tak dapat nak solat tahajjud..tidur dulu la..assalamualaikum~

~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 24, 2011

Contest : Kalau Masa Boleh Diputarkan Aku Akan..

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Hari bila entah *tak ingat* aku buat blogwalking, sekali tuan blog yang aku jumpa buat contest.. yeayy! ada contest lagi..! baru hari nih ada masa nak join..sebelum-sebelum nih, dok tangguh-tangguh je..jom pakat ramai-ramai join contest nih!!..biaq tuan punya blog pening kepala nak pilih pemenang..ahahah *gelak jahat*

Hangpa semua yang tersinggah-tersesat-terjejak kat blog usang nih, kalau ada masa, kalau sangat rajin dan sangattt suka join contest-contest nih, jangan segan silu klik mana-mana banner *akan ku sumbatkan nanti* tau for further details!!



Menurut contest nih, kalau masa boleh diputarkan..apa yang akan kita buat? haaa nak tau apa yang aku akan buat??...

Ok-ok, kalau masa boleh diputarkan, aku akan buat betul-betul masa interview jpa untuk course farmasi untuk pergi luar negara..menyesal tak buat betul-betul dulu..kalau tak, mesti aku dah ada kat mana-mana ceruk dunia..dan yang pasti bukan kat malaysia..heheh..nanti, kalau cuti summer, boleh pergi jalan-jalan dalam negara tuh tak pun, pergi negara lain..tangkap gambar banyak-banyak...hahaha..jeles tau tengok kawan-kawan/orang lain belajar kat luar negara..sob sob..heheh..tapi nak buat macam mana, rezeki aku bukan di bumi orang putih..walau macam mana pun, aku tetap mengikuti kursus farmasi di UKM, Kampus KL :D dan dah habis dah pun..hehehehe

Now, aku nak tag mereka :
  1. syazliyana
  2. sweet lollipop

Ops hampir terlupa plak..tarikh tutup 1 August 2011 :D

Done! Sekian~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Durian-induced Dizziness

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

I just came back from Malacca, my parents' hometown (aku lahir kat keyell, so, my hometown keyell la kan? ahakz)..minggu lepas lagi dah balik..and this week, once again balik lagi..untuk apa?? semata-mata nak pungut durian..sekarang kan musim durian..memang lah nenek aku tak sabar-sabar nak pungut duriannya yang melambak-lambak..

My parents rumah deorang dekat-dekat je..tak jauh mana..naik kereta, aku rasa dalam 5 minutes, dah sampai..so, kalau time raya memang tak yah gaduh-gaduh nak raya rumah siapa 1st day raya tuh..hehe..because 1st day raya tuh, memang confirm akan singgah dua-dua buah rumah..

Bila dua-dua buah rumah ada pokok durian, memang lah hasilnya lumayan jugak kan..memang banyak gila la buah durian dalam bonet kereta tadi..dan tambahan pulak, rambutan pun dah mula bermerah-merahan di atas pokok tuh (kalau rambutan merah lah, kalau kuning,,berkuning-kuningan lerr)..

Aku bukan species yang makan durian..kalau bau dia pun aku dah pening, apetah lagi nak menjamahnya..so, memang dalam kereta tadi, tak tahan dibuatnya..pening sekalipun, terpaksa lah tahan..nak buat macam mana kan..bayangkan, environment kereta yang berbau durian ditambah dengan aircond..huh tak ke melayang kepala kau..

Tuh haa kat dapur tuh melambak giler durian..siapa suka makan durian?? siapa nak durian? meh-meh datang rumah aku kat putrajaya nih..aku bagi free of charge..hangpa semua boleh tibai makan durian tuh sebanyak mana yang hangpa semua suka..nak habiskan pun tak apa..hahaha..(serious nih!! tak bergurau tau)

Sekarang nih kepala dah lega sikit dari bau durian yang sangat kuat tuh..tuh yang boleh update..kalau tak, memang aku bantai tidur je..heh

Oklah..sampai sini dulu..ada cerita menarik, aku update..sekian~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 23, 2011

Giveaway From Moscow By Miszlullaby

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

I've been tagged by Wani untuk join GA dari Miszlullaby ..thanks Wani :) ..menarik tau hadiah dia..dari Moscow tuh..jauh nun beribu-ribu batu tuh..tapi tak tahu lah apa hadiah dia..siapa tak nak kan?..plus orang bagi free pulak tuh..heh tuh pun kalau ada rezeki menang la..kalau takde, nak buat macam mane..boleh cuba lagi next time..ye dak?? hehe..

Linkclick the banner kalau nakkan info lanjut/join

Now, kena tag pulak 5 orang...okey, aku tag mereka-mereka di bawah nih la :)

*shiqeen
*qis
*eclipsesweet
*tiga b.a.h
*yana

Sekian~

~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 21, 2011

Dia..Permata Hati Kami Sekeluarga

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


bulu mata dah la panjang..lentik pulak tuh..jeles!


Hadirnya dia membawa kebahagiaan yang tak dapat di ucapkan..sebagai cucu sulung di kedua-dua family membuat dia semakin menjadi rebutan..dengan hanya memandang, memang tak akan puas..apetah lagi kalau bermain dengannya..kalau boleh nak aja sentiasa di sampingnya..

Siapa dia? Dia...si kecil yang SANGAT lasak! tak reti nak duduk diam..macam tak pernah penat..orang yang menjaganya lagi penat dari dia sendiri..haii..setiap masa ada jer benda yang nak dibuatnya..tak padan dengan kecik..nasib baik la comel..heyyy, lagi lah buat aku geram dengan dia tahap max!! tambah-tambah time sekarang nih, umur baru 7 bulan lebih, tapi dah sibuk nak berjalan..dan aku, menjadi mangsa untuk memimpin dia ke hulu ke hilir..asal bangun tidur jer, terus nak diri..at least bermalas-malasan la sikit..ini tidak, celik jer mata, terbalikkan badan merangkak, pergi lah kat kerusi ke kat kaki orang ke, terus nak diri..sabar je lah..






Iffah Syafiyah..nama secantik dan secomel orangnya..dilahirkan pada 1 disember 2010 and now dah berumur 7 bulan..tapi lasaknya, lincahnya masyaAllah..mengalahkan budak lelaki..kalau dipakaikan dengan pakaian lelaki, memang CONFIRM orang akan menyangka dia lelaki..dah la rambut masih pendek..mana orang tak caka p dia lelaki..tapi, kalau dipakaikan dengan pakaian perempuan yang ala-ala gaun kembang beropol-ropol, berkedut sana sini, erkk dah nampak pelik dengan dia..haha..tak sesuai..tak ada lah aku kata semua pakaian perempuan tak sesuai dengan dia..cume yang 'terlebih sudah' tuh aje yang kurang sesuai dengan dia..yang biasa-biasa cun chomey je dia pakai ;)

Yang menarik pasal iffah nih, dia tak heran langsung-langsung kalau bagi teddy bear ke, or patung-patung bermacam bentuk...yang diherankannya, buku, tisu, plastik, benda biasa-biasa jer..memang jimat lah duit tak yah nak spend beli barang permainan dia..ahahaha..bagi jer periuk ke, sudip ke even tupperware, gerenti dia akan leka..ahahah..dan dia paling suka dengan remote tv..dok tekan-tekan remote tuh samp ai ada ketikanya, tv jadik gelap tak pun bintik-bintik, nasib la aku reti nak adjust balik, kalau tak...alamat aku lah yang kena nanti..padahal, salah iffah..aahahaha!




Setiap pagi, setiap hari bekerja mesti akak aku hantar dia dekat rumah tok nenek dia kat putrajaya nih..dan sebagai kelazimannya, sebelum mak pak aku pi kerja, haruslah bagi mereka bermain-main dengan iffah walau hanya sekadar 5 minutes sekalipun..selalunya, ayah iffah akan ambil area 3.30-4.30 petang..kisah mak aku pulak, kalau boleh tuh nak balik seawal mungkin semata-mata nak main dengan iffah..ahah kasih nenek..cucu sulung pulak tuh..comel lagi..mana orang tak rindu, mana orang tak geram..nasib hang ler iffah..

Ayah aku, sanggup tuh ambik cuti semata-mata nak seharian dengan iffah..haha tak tahan betul..ye lah, keluar pergi kerja 7-7.10 pagi, balik pulak 8-8.30 malam, dapat main dengan iffah pun 5 minutes, mana cukup..! sampaikan hari jumaat tuh sanggup cakap kat akak aku nak pinjam iffah semalam..hari sabtu petang ambik la..hahah..akak aku jenis tak kisah sangat kalau nak pinjam-pinjam nih...takut ayah dia la..time cuti la nak spend masa dengan anak..lepas tuh atuk nak kacau line..mana nak dapat..hehe



dah macam koala bear pulak melekat camtu


Kalau nak bercerita perihal ayah aku dengan si kecil iffah nih memang tak kan cukup la..kasihnya sayangnya pada si kecil, sampaikan macam-macam iffah dapat..even baju raya segala, iffah dah dapat dulu..kitorang? hurmmm haram ler nak dapat...tak dapat-dapat pun lagi nak shopping raya..

Ada satu hari tuh, try la pakaikan dia kasut..jalan-jalan dalam rumah, boleh biasakan kaki tuh dengan kasut...nanti dah boleh jalan betul-betul tanpa di pimpin, tak adalah dia kekok nak pakai kasut..bila dah pakaikan..boleh dia seakan jakun pulak tengok kasut tuh..ahah..bila disuruh jalan, memang lah dia bengkokkan badan..seakan pelik, ape lah yang terlekat kat kaki aku nih..warna merah pulak tuh..iffah..iffah..kelakar la hang nih..

Kalau time tukar lampin tuh..masyaAllah berpusing-pusing..tak duduk diam betul..memang kena selesaikan tukar lampin/pakaikan baju cepat-cepat..kalau tak, dia cepat je nak terbalikkan badan nak merangkak kalau tak pun, dia menjerit..ahaha..masuk bab nak makan pulak, habis 'kumush' mulut..sampai hidung-hidung pun makan biskut baby tuh..ahaha..makan bukan reti nak duduk, nak diri je manjang..bergerak sana sini..berpusing sana sini..kalau ada walker, senang lah sikit..duduk diam je..kalau dah berdiri tuh, boleh dia buat aksi berani lepas tangan...haiiii mana orang tak risau tengok dia kot-kot jatuh terlentang ke apa ke..tuh semua memang nak kena jaga..

Jaga budak kecik sorang nih, jangan harap lah hang dapat rasa nak tidur tetengah hari tuh..melayankan si kecik nih, memang letih dibuatnya..tapi letih-letih pun, seronok tuh tetap ada..tengok budak kecik tak ada masalah langsung..happy je hidup deorang..kadang-kadang keselamatan diri diabaikan..semata nak buak aksi lagak ngeri..heh

Ops terpanjang lah pulak..kalau dah start bercerita pasal iffah, memang laju je jari aku menaip..sebab memang banyak sangat benda nak cerita..hehe..





tidur pun nak senyum..heyy

Okah sampai sini dulu..sekian~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Saya Dari Universiti Kebangsaan Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Sedari pukul 8.30am aku tinjau-tinjau blog orang..lepak-lepak sambil cekup ilmu kat blog mereka..hoho..kata dah habis belajar (insyaAllah..doa-doakanlah yer..hehe)..maka, untuk menggunakan masa dengan effective nya (ahakz mmg sangat effective!), pergilah terjah blog mereka-mereka..

Jejak punya jejak sekali terjumpa satu segmen menarik..tak ada lah susah mana pun syaratnya...but sekali sekali join..best jugak kan...hehe..walupun aku rasa budak-budak yang join segmen nih banyak nya dari kalangan junior dari senior..tapi tak apelah, saje je nak memeriahkan suasana..dah senior pun, senior lah..tetap nak join jugak..ahaha


kalau ada yang nak join jugak, jz klik banner nih je k ;)


And now, harus lah bagiku menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh pihak penganjur..(untuk keterangan lanjut berkenaan syarat-syarat macam mana nak join segmen nih..hangpa semua pi terjah blog dia, Suhazli :))

1) Nama panggilan
* Sha

2) Universiti yang tengah belajar atau dah habis belajar
* Universiti Kebangsaan Malaysia..UKM dihatiku selalu..ahakz

3) Kolej
* Tun Syed Nasir..alah yang dekat titiwangsa sana nun

4) Course
* Sarjana Muda Farmasi Dengan Kepujian (Fakulti Farmasi, Kampus KL, UKM)


yeeehaaa dah selesai..easy rite?? ;)

~((: terima kasih sudi baca :))~

Life Is Not A Fairytales

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Selamat pagi =) awal pagi aku dah update blog..dari aku tidur balik after sarapan (isshh tak senonoh!) baik aku on internet, buat blogwalking ker..mencari ilmu ke (chewwaahh tak menahan ayat)..adalah jugak faedahnya kan..nak tengok tv, cerita semua tak menarik minat..memang tak ada lah aku nak merajinkan diri duduk depan tv berjam-jam..buang masa!

Tengah baring-baring sebelum aku on laptop, fikiran melayang memikirkan tentang kehidupan..macam mana lah kehidupan aku di masa depan nanti..dapat ke aku lalui segalanya..segala yang belum pasti...segala yang hanya dalam pengetahuan Ilahi semata..kita merancang pun, belum tentu apa yang dirancang menjadi realiti..Dia sebaik-baik Perancang..sebagaimana rancangan yang aku dan budak-budak asrama masa sekolah dulu rancangkan..katanya mau pergi bercuti di Genting Highlands, sampai sudah..rancangan hanya tinggal rancangan..entah bila kan dapat jadi realiti...heh wallahu'alam

Kan best kalau hidup nih macam cerita-cerita yang dikarang dalam cerpen mahupun novel..segalanya indah..tak ada pun duka lara..kalau pun ada, kesudahannya tetap membahagiakan..sedangkan realitinya..kita tak kan pernah tahu apa akan terjadi pada hari esok..alahai alangkah seronoknya bila dapat tahu hal berkaitan masa depan..at least jiwa tak adalah keresahan tak tentu pasal..hehe..tapi kita pun sedia maklum, manakan dapat perkara tersebut nak berlaku..kalaupun ada, ia anugerah kurniaan Tuhan pada insan terpilih..tapi sha, kalaupun ada, apekah kau akan mempercayai? aku berani gigit jari (gigit jari je la berani..tak macam sesetengah orang tuh..berani kerat jari la apa la..entah ape-apa je cakap macam tuh) aku tak kan percaya..hoho

Kita sering kali membayangkan kehidpuan yang asyik masyuk, indah, seronok, bahagia sepanjang masa..apa yang nak boleh dapat senang-senang je..dan kalau boleh tuh tak nak langsung bayangkan kisah-kisah sedih, sadis..kn? buat apa nak bayangkan kisah-kisah gitu..ye tak??..tapi tuh lah..mana ada kehidupan yang membahagiakan macam tuh je..bak kata orang, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..mana ada kebahagian andai tiada duka lara dulu yang menjengah..realiti kehidupan..selamanya kan begitu..tak boleh nak buat apa..kita hidup pun di bawah aturan dan ketetapanNya..mana mungkin kita bisa menolak takdir yang mendatang...

Membayangkan kehidupan di masa depan..jiwa jadi tak tenteram..hati, tak usah dikata lah..memang tak tenang dan sering tertanya-tanya..bagaimana corak nya..apa yang akan ku lalui..apakah aku tahan dengan dugaan yang datang..apakah aku kuat dengan segala yang mendatang..tambah-tambah lagi, bila diri tak lama lagi akan bergelar ahli farmasi..hidup pastinya akan penuh dengan cabaran dan ujian..tak dapat aku bayangkan..

Kadang-kadang, bila aku duduk termenung atau merenung di kejauhan, fikiran aku mesti tak sah kalau tak melayang ke kehidupan sebagai ahli farmasi kelak..i can feel how stressful nanti life..aku dapat rasa begitu banyaknya ujian yang akan aku lalui..cuma what kind of ujian je aku tak dapat bayangkan..antara kemungkinan, susah nak cope dengan other healthcare providers, the environment lagi, belum masuk how to cope with variety of patients..i just cant imagine..tuh kadang-kadang timbul rasa takut, risau, dan macam-macam perasaan aneh lagi..hanya iringan doa je yang mampu aku buat so far..

Itu baru soal dunia..atau lebih tepat, tentang working life..belum lagi masuk hal-hal bila berpasangan, hidup berkeluarga..apa akan jadi pada hari tua nanti...and the most important, what will be bila kita dah masuk ke alam lain..alam kubur, what will happen to us..bahagia ke? sengsara ke? apakah amalan yang ada cukup untuk bekalan? tak masuk lagi bagaimana keadaan kita di akhirat kelak..di perhimpunan seluruh manusia kelak, apa nasib kita..dan kesudahannya..di mana tempat kita..syurga? or neraka? sungguhlah segalanya dalam pengetahuan Dia, Allah Yang Maha Mengetahui..

Sampai sini aje lah dulu..till we meet again..sekian~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 20, 2011

Sandwich Udang Rangup

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Pagi tadi area pukul 9 aku pergi pasar..seorang diri!! (heh motif tanda seru?)..haha poyo je..macam orang lain tak ada yang pergi seorang diri..cadang nak beli udang rm5 je..tapi alih-alih dah terlebih bajet, pergi pula beli sampai rm8..hurmm tak apelah, lebih tuh boleh buat perencah untuk popia..

Sandwich udang rangup..dengar nama nya pun, dah rasa macam...hurmm mesti best nih..heee..makan pulak panas-panas...husshhh...tak tahan ayaq liur..macam mana dapat ilham buat sandwich udang rangup nih?? haaaa tuh la penting nya ada channel astro 706 di rumah..hehehe..




Oleh sebab itu, aku nak kongsi macam mana nak buat sandwich special nih..(special kah?)..it's easy to make..plus, budak-budak sekolah rendah pun boleh buat sendiri..trust me!

Okehlah..antara bahan-bahan yang diperlukan :

1) Udang - telah dibuang kulit dan dipotong dua
2) Telur
3) Tepung goreng serbaguna
4) Kubis - dihiris halus
5) Lada hitam
6) Garam secukup rasa
7) Roti gardenia
8) Sos cili
9) Planta
10) Minyak masak




Cara-caranya:

1) Pukul telur dengan lada hitam dan garam.
2) Gaulkan telur dengan udang yang telah dibersihkan sehingga rata.
3) Kemudian, gaulkan campuran udang dan telur dengan tepung goreng serbaguna. Kalau nak rangup tahap kaw-kaw, haaa letak la banyak-banyak tepung tuh.
4) Panaskan minyak, goreng udang tersebut sampai kekuningan dan kelihatan rangup.
5) Ambil roti, sapukan planta atas kedua-dua keping roti.
6) Letak hirisan kubis atas salah satu keping roti.
7) Kemudian, barulah letak udang goreng tepung tadi atas roti yang ada hirisan kubis tu..susun bagi kemas sikit udang tuh..haaa time nih, lantak hang ler nak letak seberapa banyak udang pun..
8) Letak pulak sos cili atas udang tersebut..kot-kot nak lebih ummph lagi, hang letak ler serbuk lada hitam/lada putih atas sos cili tadi.
9) Then, akhir sekali lapik dengan satu keping lagi roti yang dah pun disapu planta awal-awal tadi..siap untuk dimakan!!




Actually resepi sebenarnya, lain dari yang aku buat nih..but bahan-bahan utama masih dikekalkan..cume hanya ada yang aku tolak tambah bahan-bahan yang aku rasa tak perlu atau ambil masa nak mencari nya..so, apa yang ada aku gunakan aja..tak payah nak fikir susah-susah mana nak cari bahan-bahan dia..

This is my first time buat sandwich nih..selalunya tengok kat tv je..baru hari nih dapat direalisasikan..rasanya pun tak menghampakan..insyaAllah boleh buat lagi next time..hehe..percaya atau tidak, aku hanya makan sandwich nih untuk hidangan makan tengahari..asyik makan nasi je..tuh yang aku cakap kat nenek aku, kita buat sandwich nih je la untuk makan tengahari..

Definisi makan tengahari aku pukul 4 petang..ahaha..sambil-sambil layan Si Jundai kat TV3, makanlah sandwich nih..and frankly speaking, aku masih tak kenyang!!!

So, boleh lah kalau sesiapa nak mencuba resepi mudah nih..boleh makan anytime..dan bahan-bahan nak buatnya pun senang didapati..and kalau nak replace prawn dgn sotong ke, ayam ke, well, it's up to u then..janji bila makan, sedap sampai nak buat lagi :))

Sekian~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 18, 2011

Ukiran Buah-Buahan Student FIM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Bulan 5 yang lepas, adik aku ditawarkan masuk ke Food Institute of Malaysia atau nama pendek dia FIM..dah memang minat dia menjurus ke arah masakan, memang tempat yang tepat la dia pergi..

Ukiran buah-buahan nih memang dibuat setiap kali pada hari pendaftaran pelajar-pelajar baru..masa aku dan family aku sampai, waktu tuh student FIM tuh tengah dok ukir-ukir buah..and actually it was a competition..bukan saja-saja ukir..antara buah-buah yang diorang pakai tembikai susu, tembikai merah, dan betik.. these 3 fruits memang common fruits yang digunakan untuk ukiran..tapi ada juga yang guna labu..dan mungkin untuk praktis bila balik rumah boleh pakai epal ke, pair ke..hahah

Antara yang sempat aku snap..sila la layan..










Cantikkan? kalau boleh diasah lagi bakat tuh, mungkin boleh menghasilkan ukiran yang lebih hebat..aku rasa bakat nih harus di ketengahkan lagi..agar ada insan-insan yang mahir dalam bidang ukiran buah nih..mane lah tau, boleh buat pameran besar-besaran satu hari nanti..hehe..boleh aku mai tangkap gambar..ngee~

Menurut kata salah seorang lecturer kat FIM, kadang-kadang ada orang buat tempahan ukiran buah-buahan untuk hari perkahwinan..dapatlah jugak student-student tuh income tak banyak sikit pun..kalau 1 buah area rm200-250, kalau dah 5 buah, tak ke hampir 1k jugak pe..huh lumayan-lumayan..

Oklah sampai sini aje dulu..sekian~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz