Sep 25, 2011

Terengganu Bakal Ada Hospital Universiti

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum


Sebelum tunggu The Taking of Pelham 123 start..meh kita baca nih dulu...


KUALA TERENGGANU - Terengganu bakal mempunyai hospital universitinya yang pertama-Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).

Mengumumkan demikian, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata Kerajaan Persekutuan baru-baru ini meluluskan permohonan untuk hospital itu dan ia akan dibina di atas tanah 100 ekar (40 ha) di sebelah kampus utama universiti itu di Gong Badak di sini.

Fasa pertama projek pembinaan hospital itu yang bermula tahun depan, dijangka menelan belanja kira-kira RM800 juta, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan e-book kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di sini hari ini.

Hospital tersebut akan dipastikan setaraf dengan hospital berkaliber yang lain seperti Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, katanya - Bernama


Sekian, assalamualaikum~


p/s: how about PPUM? tak setaraf ke? kehkehkeh


~((: terima kasih sudi baca :))~

5 comments:

Miss A said...

aku duk teringat uitm bile pulak nak ada PP sendiri huhu

Sha said...

@Miss A: ko doa lah byk2 spy satu ari nti Uitm der PP sndiri..ahahha

Santri T.P.I.N.I said...

okla macam tu, mcm dekat kota bharu tu...tak yag org ganu pergi jauh2 nanti.

adan said...

maju2.. syabas terengganu..

Iz.Eusof (Abg Stalker) said...

alhamdulillah..bgs la.nmpk maju lg. :)

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz