Jul 17, 2011

Crocs Strawberry..Hanya Tinggal Kenangan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

1st time tengok crocs bercorak strawberry dekat Times Square, hati terus terpaut..dengan kekiutan bentuk dan coraknya, memang aku tak fikir panjang..terus aku ambil, cuba agak-agak sesuai dengan saiz, aku terus suruh akak tuh bungkuskan...

Masa tuh, aku beli crocs tuh kalau tak silap time aku buat praktikal dekat Hospital Pusrawi..adalah dalam 2 or 3 minggu dah berpraktikal, aku ajak kawan pergi jalan-jalan dekat Times..



cute tak crocs nih? :)


1st day pakai pergi hospital, akak-akak kat sana dok puji-puji kata cute crocs tuh..hehe..aku nak kata ape lagikan? dah memang cute pun..actually, crocs jenis nih, ada warna biru, putih dan pink..memandangkan aku tertarik dengan warna putih, tuh yang beli warna putih tuh..

Tapi tuh lah..aku tak dapat nak bersama dengan crocs nih sampai sekarang..nih semua gara-gara satu incident yang tak dijangka berlaku..berlaku pulak memang betul-betul depan bilik aku..

Masa praktikal, aku dengan kawan memang stay kat kolej..since kolej penginapan tuh pun memang sangat dekat dengan hospital Pusrawi tuh..alah, Kolej Tun Syed Nasir tuh..yang dekat dengan titiwangsa tuh..tak kan lah tak pernah tau kot kn?? haaa situ lah kitorang stay, so pergi hospital pun jalan kaki je...dah tahu lambat tapi tetap jugak berlenggang kangkung..ish3 memang la tak patut..nasib baik la masa punch card tuh, tak timbul warna merah..kih3

Nak dijadikan cerita..alkisahnya..blok yang aku stay tuh memang lah terkenal dengan lambakan najis-najis kucing...memang banyak lah..dengan kucing nya lagi..dan dah tentu-tentulah najis-najis dia bersepah-sepah sana-sini..pulak tuh, berbau kurang enak lah blok tuh..kucing-kucng kat sana memang, kalau nak melepas, dia main pakai lepas je..tak tau lah nak cari port baik...mana lah pelajar-pelajar tak bising complaint pasal benda nih...

Satu malam tuh..seperti biasa, kasut atau selipar yang aku pakai, memang letak luar pintu..tak de lah pulak terasa nak letak dalam bilik..entah macam mana, takdir orang kata..malam tuh, aku nak pergi mandi area 8-9 malam gitu, keluar-keluar je..alamak!!! crocs dan selipar aku dah disimbahi dengan najis kucing!!! bau? hmmm tak payah cakap lah..memang lah 'harum semerbak'..huhuhu

Kucing tuh kena diarrhea agaknya..sebab najis dia bukan ketul-ketul..heheh..eeeee tak senonohnya cerita pasal najis nih..ahahahah...nak tak nak..benda pun berlaku memang betul-betul depan bilik, kalau masuk bilik pun memang akan tetap terbau jugak..terpaksalah membersihkan nya..memang aku sental habis-habisan lantai tuh..letak sabun memang banyak gila la..gara-gara nak menghilangkan bau dia tuh..siap aku letak soflan lagi..

Kasut dan selipar? apa cerita pulak? aku basuh?? atau aku buang? cuba teka..heheh

Memang tak ada makna lah kan, aku nak guna balik kasut/selipar yang dah kena najis tuh..hissshhhh geli lah weyh nak pakai..walaupun dah dibasuh sekalipun..heeeyyyy memang tak sangguplah nak bagi kaki aku merasa kasut/selipar tuh lagi...so, memang aku buang je terus dalam tong sampah...

Sedih bila mengenangkan crocs tuh tak dapat nak bertahan lama dengan aku..even selipar aku tuh pun, bukan selipar jepun cikai-cikai tuh..selipar ada corak bunga rose merah hitam lagi tuh..dah lah selesa dan best pakai..alih-alih pengakhiran kehidupan diorang macam tuh..ish2 tak patut la kucing tuh..memang geram gila waktu tuh..tapi nak marah lebih-lebih pun, benda dah jadik..nak buat macam mana kan?? kena lah redha nak tak nak pun....

Itulah kisahnya..sekarang pun, aku dah dapat pengganti selipar yang baru..selesa juga..tapi tak seselesa selipar rose tuh..huk3..sabar je lah..crocs?? lepas peristiwa tuh memang tak ada dah beli crocs lain...hehe
~((: terima kasih sudi baca :))~

Jul 16, 2011

Seorang Gadis...Masih Ada Harapan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Pertama kali mendengar lagu Seorang Gadis nyanyian Nowseeheart, aku dah jatuh suka..waktu tuh kalau tak silap masa aku di tingkatan 4 atau 5..either one la..masa tuh aku ingat lagi, tertanya-tanya aku siapalah yang nyanyi lagu tuh..bukan suara aja merdu, malah lirik nya juga memikat hati..yelah, setiap kali dengar, mesti tak sempat nak tau kumpulan nasyid mana yang nyanyi, sebab setiap kali dengar, mesti dj tuh tak ulang balik nama kumpulan tuh..mana aku tak terkapai-kapai mencari gerangan siapakan mereka..

Ada satu waktu, sebab dah terlalu suka dengan lagu tersebut, aku turut menyalin bait-bait lirik nya..haha..siap duduk tepi radio buka volume kuat tak berapa kuat la janji jelas, dengan pen dan kertas nya lagi..semata-mata nak salin lirik dia..begitu bersungguh nya aku waktu tu nak tau lirik dia supaya aku boleh menyanyi sorang-sorang..ahaha..tajuk tak tahu apa, memang tak dapatlah nak cari dekat internet..apetah lagi kumpulan nasyid mana..hehe

Dan kini, setelah beberapa tahun berlalu, sekali sekala mendengar lagu ini, masih lagi kedengaran merdu di telingaku..tak jemu untuk mengulanginya berkali-kali..kerana di dalam nya, terkandung mesej yang begitu bererti buat aku..


Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana


Mendengarkan lagu ini, terasa bagaikan aku gadis di dalam lagu tersebut...betapa terlalu banyak dosa yang aku buat sampaikan tak terhitung nilainya...berfikir apakah dosa-dosaku diampunkan?..apakah masih ada ruang bagiku meraih keampunanNya?..air mata mengalir tanpa dipinta..mengenangkan dosa-dosa selama ini..


Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hambaNya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadapNya


Sebabkan aku rasa begitu berdosa, kadang-kadang aku rasa sangat jauh dariNya..aku rasa malu denganNya lantaran Dia Maha Melihat segala yang aku lakukan..tapi bila dengar rangkap lagu nih, betapa aku sedar Allah Maha Pengasih Allah Maha Penyayang..sentiasa merahmati setiap hambaNya..walaupun hamba Dia sangat kurang mengingatiNya..Ya Allah..ampunkan aku..


Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala kecewa


Aku juga sedar masih lagi ada harapan buatku juga gadis-gadis di luar sana, bahawa Allah tetap menyayangi hamba-hamba Dia..sentiasa ada di sisi...jiwa yang gusar kian tenang..

Sebelum aku akhiri coretan kali ini, jom kita sama-sama mendengar lagu nih..semoga terhibur :))




Sekian~

~((: terima kasih sudi baca :))~

Aku Kembali...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Almost 4 months aku tak update blog..entah ape lah yang dah jadi kat blog nih..bersawangkah? bersemak samun kah?..biarlah nak jadi ape pun..hehe

Bila dah lama tak menulis, ketandusan idea pulak..tak tahu nak cerita pasal apa..sungguhlah aku dah hilang skill untuk menulis merepek meraban..nak kata aku malas mengupdate pun ye gak..hehe..nak kata aku buzy? mungkin..mana tak nya, last aku update blog pun bulan 3 hari tuh..at that time, i m in final year final sem..so, kesibukan itu lain sedikit dari sem-sem yang sebelumnya..

Untuk permulaan ini (errr macam tak sesuai pulak)..should i change to untuk kesempatan ini (sedap sikit la mendengarnya), tak banyak yang nak diperkatakan..sementelah aku pun tak ada idea nak tulis apa..so, mungkin kita boleh berjumpa di kesempatan yang lain, InsyaAllah..dan mungkin waktu tuh idea aku mencurah-curah..heh siapa tahu kan??

Till we meet again..sekian~
~((: terima kasih sudi baca :))~

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz