Mar 2, 2010

[lelaki idaman saya ;)]

Bismillahirrahmanirrahim...

Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…


Lelaki idaman saya…
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…


Lelaki idaman saya…
Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…


Lelaki idaman saya…
Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…


Lelaki idaman saya adalah…
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
Dialah lelaki idaman saya…


************

kalo dilihat2 kembali...sungguh perfect 'lelaki idaman saya' bukan..

siapa yang xmengimpikan lelaki sebgitu untuk berdampingan dgn kita...

sudah tentu ramai aje yang sgt2 menginginkan lelaki yang sebegini..

agar rumahtangge yang d bina sentiasa diredhai, aman, bhgia, harmoni dan seumpamanya la..


namun, diri kita dulu harus dilihat dan ditilik sedalam2nya..

apekah kita layak berdampingan dgn lelaki yg sebegitu indah akhlaknya andai akhlak kita sendiri xseindah yang dingini..

untuk memiliki psgn yg cntk molek budi pekerti jua akhlaknye, diri kita dulu kene la cntk dan indah budi pekerti serta akhlaknya..kalo x, manekan dapat psgn yg d ingini..

tapi...harus d ingat...buat sesuatu pembaharuan nak2 dari segi akhlak ini, kne la seikhlas ati kerana Allah..

bkn semate2 kerana nk psgn yg sebegitu sebegini..[ini hny sudut pdngn dr diriku]..


insyaAllah...jodoh ttp ader utk stiap diri kita..bersabar la kalo msih blom berjumpa..dan jgn putus2 berdoa..

tapi andai tiada cinta dari sang kekasih bernama lelaki..

memadai dgn cinta Ilahi yang mengiringi..cnta dr ibu bapa, adek bradek, sdare mare, kwn2..wallahua'alam...


*dah2!!..smbg bce peraturan kslmtn d tmpt kj..jmt nih nk test..wish me lux..ol d best sya! smoge d permudahkn sglenye..ameen*



~((: terima kasih sudi baca :))~

1 comment:

~mIkA~ said...

"tapi andai tiada cinta dari sang kekasih bernama lelaki..
memadai dgn cinta Ilahi yang mengiringi..cnta dr ibu bapa, adek bradek, sdare mare, kwn2."

ak setuju ni...heehhehe

Copyright © 2012 | Designed by Syahkamz