Assalamualaikum
Benar kata UAI, hari ibu bukan disambut setahun sekali...malah hari2 pun hari ibu...
Sempena hari ibu nih...gedix pulak jari2 nih nak menaip...khas untuk mak yg ade kat p8, putrajaya tuh...hmmm yg mgkn tgh bz sediakan juadah minum ptg seisi keluarga *rindu nk minum ptg hjg2 minggu gini smbil bergelak ketawa tgk tv :((*
Tak banyak yang ingin aku katakan...hanya aku minta agar Allah...
ampunkan segala dosa dan kesalahan mak
panjangkan usia mak
berkati seluruh kehidupan mak
kurniakan mak kesihatan yang baek
kurniakan mak kesihatan yang baek
lindungi mak walau di mana jua mak berada dan dalam ape jua keadaan mak
lindungi mak di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya
permudahkan segala urusan mak dunia dan akhirat
memberikan pertolongan seandainya mak memerlukan bantuan
mengasihi mak sebagaimana mak mengasihi aku sejak aku kecil smpi dah besar nih
menjauhkan mak dari azab kubur dan seksaan api neraka-Mu
dan bila mak dah tiada kelak, aku mohon agar Allah tempatkan mak di kalangan orang2 yang soleh, bertaqwa, beriman, dikasihi Allah dan ditempatkan di kalangan penghuni syurga-Mu Allah
Amiinn Ya Rabbal 'Alamin...
Selamat Menyambut Hari Ibu, tiada ibu, tiada lah kita di dunia nih.. :))
ssk-bintulu-120513